KAHWIN MISYAR..What's wrong????

>> Tuesday, May 30, 2006

Kahwin Misyar????..kahwin apa tu???..boleh ker???Sebut pasal Misyar..teringat perkataan misywar....seakan-akan mau sama sebutannya, dan bila sebut misywar teringat kat mesir bila tanya seorang kawan arab mesir,:enta ruh fien?? dia pun jawab: Misywar syuwayya???..ingatkan apa..rupanya nak pergi jalan-jalan sekejap. Pertama kali dengar pekataan kahwin Misyar ni apa bila terbaca di dalam akhbar berita harian mengenai ramai perempuan-perempuan arab saudi yang mengamalinya. terfikir sejenak???..kahwin apa tu???Lepas itu bising di Malaysia pasal mufti johor tidak bersetuju dengan perkahwinan ini di amali di malaysia dan disusuli pula menteri yang turut sama tidak bersetuju..berlain pula Dato' Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Rupa-rupanya kahwin misyar ini merupakan perkahwinan yang biasa yang memenuhi rukun-rukun nikah tetapi beberapa hak suami terhadap isteri dikecualikan.

Persoalanya??..apakah sebenarnya perkahwinan misyar itu? adakah ia merupakan perkara baru???adakah ia sah di sisi syara'??. Mudah-mudahan fatwa dibawah ini dapat merungkai persoalan yang timbul.:

*******************************
FATWA DAR AL IFTA' MESIR


Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’.

Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2.Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3.Adanya wali bagi pihak isteri.
4.Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5.Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A

Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil(Bekas Mufti Mesir):

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah.

Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:
" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."


Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
" Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:
“ Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang bermaksud:
" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi " (Al Baqarah ayat 30)

Melalui perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya" . (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu: keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan pengisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan kita tidak lagi perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan kepada nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu.

Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:

1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:
" Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini . " (Al An`am ayat 38)

Istilah Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada
tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2.Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :
" Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas . " (Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3.Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya
mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.
Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.

Waallahu a'lam

sumber rujukan :
http://islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614240
Terjemahan: PMRAM




Read more...

Palestine!!!! Apakah sumbangan kita?

>> Monday, May 15, 2006

Sengaja dimuatkan artikal ini di dalam blog....untuk tatapan buat kian kalinya... sesungguhnya diri ini amat tersentuh apabila membaca artikal ini, bila mengenangkan nasib yang berlaku terhadap ummat Islam di Palestin kini...kadang-kadang diri ini terfikir...apakah sumbangan yang telah dilakukan untuk palestin? adakah sekadar terharu, pilu begitu sahaja...sedangkan seorang anak kecil sanggup menyumbangkan US1,800 manakala abangnya, pula US180. Sedangkan Seorang wanita muda pula sanggup menyerahkan cincin pertunangannya semata-mata untuk palestin.....tapi diri ini!!!!!...sekurang-kurangnya angkatlah tangan kelangit memohon pertolongan dari Allah...untuk bumi palestin...

"HARI INI 15 MEI tarikh yang amat menyedihkan buat rakyat Palestin. Ulang tahun ke-58 peristiwa Nakba pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari negara sendiri. Bencana kemanusiaan oleh askar rejim Zionis yang melakukan lebih 50 pembunuhan beramai-ramai demi satu matlamat - mewujudkan negara Israel pada 1949. Pengusiran dan pembunuhan warga Palestin yang dilarang kembali kampung halaman bagi membolehkan Kerajaan Israel membentuk satu negaranya di bumi Palestin. Itulah hakikatnya, kewujudan Israel atas darah dan kesengsaraan penduduk Palestin. ‘Hutang budi’ penduduk Palestin dibalas pula oleh Israel dengan kekejaman yang tiada noktahnya.

Bencana kemanusiaan yang menyaksikan lebih 500 perkampungan dan pekan Palestin dimusnah atau diduduki secara haram oleh orang Yahudi dan diberi nama baru. Kumpulan pertama 726,000 pelarian Palestin disusuli pula lebih 200,000 lain yang terpaksa meninggalkan kediaman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 1967 selepas Israel menyerang Jordan dan Mesir dengan menakluk kawasan itu serta Baitulmaqdis Timur. Akibatnya, lebih empat juta pelarian Palestin hidup merempat bertaburan di seluruh dunia - dari Mesir, Jordan, Syria, Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka yang dibenarkan tinggal di wilayah yang dicerobohi rejim Zionis itu pula cuba dihapuskan identiti mereka sebagai anak jati Palestin. Nakba tidak pernah dilupa warga Palestin hingga ke hari ini biarpun Israel dan kroninya cuba memadamkan ingatan itu dengan mencanangkan peristiwa Holocaust mereka yang diraikan dan dikenang dunia setiap tahun. Nakba sebaliknya biarpun tidak sepopular Holocaust, tetap kekal dalam ingatan negara yang bersimpati dengan perjuangan Palestin. Identiti Palestin yang cuba dipadamkan Israel, sebaliknya menjadi satu jenama yang melekat di segenap hati penduduk Islam seluruh dunia.

Nakba bukan sekadar peristiwa tetapi menjadi satu tonggak asas perjuangan hakiki warga Palestin - perjuangan mempertahankan hak mereka - tanah air dan hak untuk kembali bagi jutaan pelarian Palestin. Perjuangan yang malangnya, belum dapat dizahirkan dalam bentuk sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis ibu negerinya, setakat ini. Cuma apa lebih menyedihkan, kehadiran Nakba tahun ini berlaku serentak ketika penduduk Palestin yang tidak ubah merempat di wilayah sendiri - Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kini ibarat nyawa-nyawa ikan. Leher mereka dijerut pelbagai sekatan Israel dan kroninya si ‘Uncle Sam’ atau Amerika Syarikat,Kesatuan Eropah yang bertindak menyekat bantuan kewangan hanya kerana penduduk Palestin memilih Hamas sebagai kerajaan mereka.

Sekatan kewangan itu ditarik balik Rabu lalu -selepas dua bulan setengah penduduk Palestin dihimpit masalah dihalang bekerja, bergerak bebas di sempadan, penghantaran makanan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disekat dan gaji pekerja awamnya tidak dapat dibayar apabila Pihak Berkuasa Palestin yang dipegang Hamas tidak mempunyai sesen pun. Penderitaan yang diberi amaran oleh PBB dan Bank Dunia bakal menyaksikan penduduk Palestin kebuluran andai dibiarkan. Bukan setakat makanan yang ibarat barangan mewah biarpun sepatutnya asas keperluan utama, mereka turut disekat daripada bekerja, dihalang bergerak bebas dengan diri sentiasa menjadi sasaran senjata sentiasa mengekori setiap langkah kaki. Terbaru, bekalan minyak pula dihentikan Israel. Selain wang, makanan dan tenaga, sumber ubat-ubatan mereka turut terjejas. Nasib si kecil dalam inkubator belum pasti menjengah sinar bumi Palestin kerana bekalan ubat yang belum tentu.Mungkin sukar bagi kita membayangkannya, apalagi pada zaman abad ke-21, masih ada insan merempat di bumi sendiri.

Ketika ramai tumpuan dunia dialihkan ke Darfur, Sudan, nasib Palestin sebaliknya dianggap ramai, termasuk kalangan umat Islam masalah rutin yang tiada titik noktahnya biar apa juga usahanya. Masalah yang lazimnya disambut dengan ungkapan 'Kasihan.' Adilkah penderitaan Palestin apabila kuasa 'nadi' dunia iaitu sumber minyak dan wang banyak menjadi miliki mutlak negara Arab sendiri iaitu jiran Palestin? Israel sebaliknya, tidak perlu memiliki kekayaan minyak, masih dilindungi penuh sekutu negara besarnya.

Masalah yang melanda bukan lagi soal perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada cengkaman Zionis, tetapi mengisi perut biarpun sesuap cuma. Liga Arab dalam kenyataan medianya tanpa sebarang rasa malu berkata: "Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa sudah menghubungi Presiden Mahmoud Abbas yang pertubuhan ini tidak dapat menyalurkan wang bantuan AS$70 juta (RM250 juta) sumbangan negara Arab." Alasannya, keengganan pihak bank memindahkan wang itu. Tidak logik rasanya kerana banyak lagi cara lain sumbangan itu boleh disalurkan termasuk diserahkan kepada PBB untuk ditukar dalam bentuk makanan dan bekalan ubat-ubatan. Alasan yang mungkin disebabkan takutkan AS andai dilihat mengingkari kata negara Polis Dunia itu.

Namun, di beberapa pelusuk dunia, masih ada insan yang prihatin. Pada April lalu, Tabung Mata Wang Arab (AMF) mengumumkan sumbangan AS$50 juta (RM180 juta) bagi membiayai projek meringankan penderitaan rakyat Palestin. Ini disusuli Kerajaan Qatar - negara Arab pertama mengumumkan memberikan AS$50 juta (RM180 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Hamas. Kerajaan Iran turut mengumumkan sumbangan AS$100 juta (RM360 juta) kepada Kerajaan Palestin - tambahan sekali ganda daripada jumlah asal yang diikrar sebelumnya. Akhbar Arab yang berpejabat di London, Al-Hayat melaporkan, Arab Saudi juga bercadang menyerahkan sumbangan AS$92 juta (RM330 juta) yang diikrar pada satu persidangan Arab di Khartoum, sebelum ini. Syria pula menetapkan tarikh 30 April lalu sebagai Hari Perpaduan dengan membabitkan aktiviti kutipan derma buat rakyat Palestin. Itu pada peringkat kerajaan negara. Namun, apa yang menyentuh perasaan, di sebalik kesengsaraan Palestin terlihat bibit-bibit kemuliaan hati kalangan rakyat biasa umat Islam yang sanggup melakukan apa saja demi meringankan beban saudara mereka. Kalangan pelarian Palestin di kem pelarian Ein-Hilweh, Lubnan , sanggup menyerahkan barang kemas dan wang ringgit hasil tabungan dalam kempen kutipan derma 5 Mei lalu, sebagai membantu rakan dan saudara mereka di bumi Palestin.

Pada hari sama, di Mesir misalnya, satu kempen besar-besaran mengutip sehingga $1 bilion euro bagi membantu penduduk Palestin, dilancarkan 5 Mei lalu. Seperti dijangkakan, berpusu-pusu penduduknya yang prihatin berbaris panjang memberikan sumbangan menerusi kempen kebajikan anjuran Gabungan Doktor Arab Mesir. Sebuah perkhidmatan berita Islam melaporkan, tidak sampai beberapa jam, kempen ‘Palestine Will Never Die’ itu berjaya mengumpul kira-kira AS$1.2 juta (RM4.5 juta) daripada lapisan masyarakat Mesir. Malah, seorang anak kecil menyumbangkan AS$1,800 (RM6,500) manakala abangnya, pula AS$180 (RM650). Seorang wanita muda pula tampil menyerahkan cincin pertunangannya dan disusuli ramai wanita yang turut menyerahkan barangan kemas masing-masing. Kalangan lelakinya juga enggan ketinggalan apabila seorang pemuda menyerahkan pangsapurinya untuk dilelong bagi mendapat bidaan tertinggi. Tidak ketinggalan, jam dan barangan milik pejuang Palestin yang sudah mati, turut dilelong bagi mengutip wang. Pengurus kempen, Ibrahim El-Zaafarani berkata, pihaknya juga membenarkan penyertaan peniaga Palestin menjual produk mereka seperti minyak zaitun di pameran sekitar Mesir bagi membantu.

Di Indonesia, Ahad lalu, lebih 10,000 penduduk negara itu membanjiri jalan raya sekitar Jakarta dan dua bandar lain mengecam tindakan Israel selain menggesa semua umat Islam mendermakan wang sekurang-kurangnya AS$1 (RM3.80 sen) kepada Palestin. Pengikut Parti Keadilan Sejahtera (PKS) itu turut berarak sambil memegang wang kertas bagi menyampaikan mesej murni mereka kepada penduduk dunia. Gambar mereka yang terpampang cukup menyentuh hati bukan saja warga Palestin, tetapi insan yang prihatin. Paling penting ia menjadi tamparan buat Israel dan konconya - semakin hebat hayunankayu mereka menghukum Palestin semakin ligatlah semangat intifada di hati ramai umat Islam di pelusuk dunia. Biarpun arusnya masih suam-suam kuku, tetapi usaha membantu Palestin tetap membara. Umat Islam tidak akan membiarkan peristiwa Nakba berulang lagi, bukan saja di bumi Palestin tetapi juga di Iran dan rantau lain. Cukuplah bukti Nakba di Iraq dan Afghanistan. Persoalannya, sejauh manakah Nakba ini dihayati kita? Tidak salah rasanya jika kempen membantu Palestin dihidupkan semula.


Kekejaman Israel tiada kesudahan.
Berita harian
14052006

Setelah membaca artikel ini, diri ini juga sedih dan terkilan, hanya disebut indonesia, Mesir ,Iran, Syria, Lubnan ...Dimanakah MALAYSIA???Di manakah negara ISLAM HADHARI??? Di manakah Negara yang memimpin OIC...Di manakah pemimpin-pemimpin kamu...Apakah sumbangan kamu terhadap Palestine???..Apakah yang sedang kamu lakukan..Adakah kamu sedang membolot harta kekayaan rakyat untuk kamu dan kroni-kroni kamu????

Read more...

IBU....Bukan hanya untuk Hari Ibu!!!!

>> Sunday, May 14, 2006

SELAMAT HARI IBU...apabila tiba 14 Mei ucapan ini sering kedengaran dan suasana terasa terutamanya bila berada di Europah berbanding berada di perlembahan Nil...Mungkin rakyat Europah amat menghargai ibunya, ataupun mungkin rakyat Perlembahan Nil tidak menghargai ibunya, ataupun mungkin...entah!!!Di bandar, poster -poster terpampang..Di kedai, kad-kad ucapan memenuhi dengan berbagai-bagai warna..Diakhbar penuh dengan iklan memperingatkan hari tersebut...Masing-masing sibuk mencari kad, hadiah untuk dihadiahkan buat ibu tersayang...Namun, sejauh manakah kita mengertahui sejarah Hari Ibu...

Menurut sejarah awal, orang Yunani telah memulakan lebih 2500 tahun yang dahulu. Mereka mengkhususkan satu hari dalam musim bunga bagi perayaan mengagungkan Dewi Rhea, ibu bagi segala dewa-dewi di langit. Hari tersebut jatuh pada 21 March setiap tahun. Tarikh ini dipilih kerana ketika tersebut Matahari melintasi garisan Khatulistiwa, dan mereka memulakan tahun mereka dengan peristiwa ini. Amalan ini ditiru oleh orang-orang Rom yang tinggal berjiran dengan orang-orang Yunani. Mereka mempercayai bahawa segala dewa-dewi yang mereka sembah dilahirkan oleh seorang ibu dewi yang dipanggil Cybele. Maka mereka juga mengadakan sebuah perayaan bagi ibu dewi ini pada hari yang sama, iaitu 21 March. Apabila ugama Kristian menjadi pegangan empayar Rom,perayaan bagi dewi Cybele ini ditukar kepada perayaan bagi mengagungkan Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. Ini adalah kerana orang-orang Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa a.s adalah anak tuhan dan juga tuhan, maka Maryam adalah ibu tuhan, dan tugasnya tidak banyak berbeza dengan tugas dewi Cybele bagi orang-orang Rom, iaitu melahirkan anak tuhan.Tradisi menyambut Hari Ibu pada Ahad kedua bulan Mei ini kemudian tersebar luas ke merata dunia dan disambut oleh ramai orang Kristian. Adapun perayaan asal Mothering Sunday pada Ahad keempat pesta Lent, ia sekarang dikenali sebagai Laetare Sunday dan masih diamalkan oleh gereja Kristian di Barat. Jelas di sini, perayaan Hari Ibu berasal dengan kepercayaan orang-orang Yunani dan Rom, yang kemudian diambil dan diubah-suai oleh orang-orang Kristian.

Apakah sekeping kad atau sebungkus hadiah yang diberikan pada Hari ibu dapat membalas jasa seorang yang bernama ibu?...9 bulan dalam kandungan yang ditanggung..taruhan nyawa tika melahirkan...penat-lelah, jerih-payah untuk membesarkan...sesekali tidak dapat dibalas dengan wang-permata...Oleh yang demikian hargailah dia, taatilah dia, muliailah dia, jagailah dia, hormatilah dia sepanjang masa hingga keakhir hayatnya bukannya dikhususkan pada hari hari tertentu sahaja .....

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved....
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved....
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me
Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother....
I’m lost without you
You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother....
I’m lost without you
Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi anti ma’i ya ummi
Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layliya
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni‘
Afwaki ummi
Samihini...

" Ya Allah ya tuhanku ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah kedua-duanya sebagaimana dia menjagaku semasa kecil"

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code