KAHWIN!!!..Antara Jodoh atau Pilihan....

>> Monday, April 07, 2008

Bila bercakap pasal kawin...kadang-kadang pening juga dibuatnya....tapi bila tengok kawan-kawan kawin sorang demi sorang... selamber jer..happy jer...x nampak ada masalah pun....

Bukan apa, mungkin jodoh x ada lagi kut...
Dan....Bila cakap pasal jodoh ni..terfikir pulak...apakah jodoh itu dipilih atau ia penentuan takdir semata-mata? Berbagai telahan diberikan; ada yang mengatakan bahawa jodoh itu ada- lah ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya. Adapula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih, dicari dan diselidik. Ia bukannya penentuan takdir semata-mata
Pening!!!..Pening....
Sebenarnya, macam ni kut......

Manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah berikan ikhtiar itu kepada manusia. Menerima takdir semata-mata bukanlah bererti menunggu tanpa berusaha untuk mendapatkannya. Untuk mendapatkan sesuatu, ia mestilah diusahakan kemudian barulah diserah- kan segalanya untuk takdir menentukan samada baik atau buruk, berjaya atau tidak.

Begitu juga dengan jodoh, walaupun Allah SWT sudah menentu kan siapakah bakal pasangan seseorang, namun usaha untuk dapatkan yang terbaik tak boleh diabaikan. Dalam soal pasangan ini, Islam tak biarkan manusia bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Oleh itu, Islam berikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai.
Setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang boleh membahagiakan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara. Kerana hartanya, keturunan- nya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah yang beragama pasti kamu mendapat kebahagiaan".
Dalam hadis di atas Rasulullah SAW menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri. Walaubagai-manapun Rasulullah SAW menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan.
Penegasan terhadap keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas di dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya oleh kerana Allah telah memelihara mereka".

Perkara ini perlu ditekankan kerana isteri yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa taat kepada suaminya dan akan sentiasa memelihara kehormatan dirinya. Namun begitu, ciri-ciri lain tidak ditolak dalam menentukan pilihan, kerana ia merupakan unsur pelengkap kepada kebahagiaan rumahtangga. Ciri-ciri seperti kecantikan merupakan pendorong kepada kemesraan dan juga kecintaan suami terhadap isteri. Apabila suami memandang isterinya yang cantik maka timbullah perasaankasih dan cinta yang mendalam dan ini akan menjaga pandangan suami dan seterusnya ia akan melengkapkan lagi tuntutan daripada perkahwinan itu sendiri. Dalam hal ini Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai wanita yang disifatkan baik, Rasulullah SAW menjawab:
Perempuan yang mengembirakan suaminya apabila dipandang, mematuhi suaminya apabila disuruh dan tak membantah suaminya samada tentang diri atau harta".
Dalam satu hadis yang lain Baginda SAW bersabda:
"Sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa paras dan ringan mas kahwinnya".

Di samping itu, Rasulullah SAW memperingatkan tentang keburukan meng- utamakan pemilihan pasangan berdasarkan ciri-ciri kecantikan, harta, kedudukan atau keturunan semata-mata. Antaranya hadis Baginda SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengahwini seseorang perempuan semata-mata kerana kemuliaannya, Allah tak memberinya apa-apa kecuali kehinaan."
"Sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tak akan menambahkan kepadanya apa-apa kecuali kemiskinan. Sesiapa yang mengahwininya ke- rana kedudukan keluarganya, Allah tak akan menambahkan apa-apa kepada nya kecuali kehinaan. Tetapi sesiapa yang mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain, melainkan untuk mengawal pandangan dan men- jaga kehormatannya atau dengan tujuan menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberkati kedua-dua lelaki dan perempuan".

Antara ciri lain yang diutamakan dalam pemilihan pasangan ialah ber-potensi untuk melahirkan zuriat yang ramai kerana zuriat akan menjadi penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan lambang kasih-sayang suami isteri. Di samping itu, ia menjadi aset yang paling besar kepada umat Islam sebagai penyambung kepimpinan dan penguasaan di dunia ini. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Kamu kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai kerana aku bangga dengan umatku yang ramai di hari Akhirat kelak".

Pasangan yang dipilih hendaklah dari kaum kerabat yang jauh. Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung silaturrahim, memperkembangkan masyarakat, mempereratkan hubungan sesama manusia dan mengelakkan ter- jadinya sikap perkauman. Oleh itu, Islam menggalakkan perkahwinan di antara orang yang bukan di kalangan kaum kerabat. Rasulullah SAW sendiri bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berkahwin dengan sanak saudara kerana ia akan melahir- kan anak yang berbadan kurus, lemah dan kurang mampu berfikir".

Begitupun, ciri-ciri ini bukan sahaja digunakan untuk menentukan calon isteri, malah bukan sedikit hadis-hadis yang memperkatakan tentang calon suami. Antaranya sabda Rasulullah SAW di dalam nasihatnya kepada wali (penjaga bagi anak perempuan) yang bermaksud:
"Apabila seseorang yang kamu yakini tentang agama dan akhlaknya datang melamar (anak kamu) maka kahwinkanlah dia. Jika kamu enggan, fitnah dan keburukan akan terjadi di dunia ini. Lalu orang ramai bertanya: Ya Rasulullah, kalaupun dia seorang yang kafir dan tidak berada?
Jawab baginda, "Apabila seseorang yang kamu yakini tentang agama dan akhlaknya datang melamar maka kahwinkanlah dia (dan Rasulullah SAW menyebutnya hingga 3 kali)".

Hadis di atas jelas sekali mementingkan aspek agama dan akhlak dalam pemilihan.
Namun begitu, wanita juga tak dinafikan haknya untuk menentukan siapa pasangannya sebagaimana lelaki. Malah aspek-aspek seperti keturunan, rupa paras dan harta benda juga menjadi ciri asas kepada pertimbangan pemilihan selain keutamaan diberikan kepada ciri agama dan akhlak. Antara hadis Rasulullah SAW dalam hal-hal seperti ini ialah penerimaanRasulullah SAW terhadap penolakan Barirah untuk terus bersama suaminyayang masih hamba sedangkan dia sendiri sudah dimerdekakan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Hai Abbas, tidakkah kamu kagum dengan cinta Mugith terhadap Barirah dan kebencian Barirah terhadap Mugith? Alangkah baiknya jika Barirah menerima Mugith kembali."
Kata Barirah:"Ya Rasulullah, apakah kamu menyuruh saya berbuat demikian?"
Jawab Baginda SAW: "Saya hanya mahu membantu".
Barirah menjawab: "Kalau begitu, saya tidak lagi memerlukannya".

Dalam hadis ini Rasulullah SAW mengakui bahawa aspek kedudukan dan keturunan menjadi pengukur kepada pemilihan pasangan kerana itulahRasulullah SAW menerima penolakan Barirah terhadap Mugith kerana dia sudah merdeka sedangkan Mugith masih hamba. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW mengakui bahawa aspek kecantikan rupa paras menjadi pengukur untuk menerima pasangan. Dengan sebab itu, Rasulullah SAW menerima pemutusan ikatan perkahwinan atas sebab buruk rupa paras.
Ibnu Abbas telah meriwayatkan dalam suatu hadis bermaksud:
"Cerai khulu' yang pertama sekali dalam Islam ialah kes saudara perem- puan Abdullah bin Ubai. Dia telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Saya tak akan bersatu dengannya (suami yang dikahwininya) buat selama-lamanya. "Sesungguhnya apabila saya menyelak sebahagian daripada khemah saya melihat dia dalam satu angkatan. Saya dapati dialah paling hitam, paling pendek dan paling hodoh mukanya dalam angkatan itu."
Kata suaminya: "Wahai Rasulullah, saya telah berikan kepadanya (Isteri) sebaik-baik harta, iaitu sebuah kebun kalau dia memulangkan kembali kebun itu kepadaku!" Sabda Rasulullah SAW kepada perempuan itu: "Apa pandangan kamu?"
Maka jawabnya: "Ya, malah kalau dia mahu, saya boleh tambah lagi."

Maka Rasulullah lalu memisahkan antara keduanya.

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sebab kepada perpisahan itu ialah penolakan isteri terhadap rupa paras suami yang buruk.

Ciri-ciri lain yang diambil kira dalam pemilihan suami ialah kesihatan tubuh badan. Dalam hal ini para Fuqaha bersepakat memberikan hak kepada isteri untuk memohon fasakh jika didapati suami mempunyai penyakit yang menghalang terlaksananya hubungan suami isteri. Antara matlamat syariat perkahwinan ialah untuk menyalurkan naluri kemanusiaan melalui jalan yang disyaratkan dan jika matlamat ini tak dapat dipenuhien, peruntukan fiqh memberikan jalan keluar dengan fasakh.

Begitu juga soal umur, ia juga diambil kira malah perkahwinan dengan lelaki atau perempuan yang lanjut usia dianggap makruh. Ini kerana sebahagian daripada matlamat perkahwinan itu iaitu untuk menyalurkannaluri kemanusiaan kemungkinan tak akan dapat ditunaikan secara baik. An Nasa'i meriwayatkan Abdullah bin Umar menceritakan bahawa ayahnyaberkata:
Abu Bakar dan Umar RA telah meminang Fatimah. Rasulullah SAWlalu berkata: "Dia masih kecil". Kemudian anaknya dipinang oleh Ali. Baginda lalu mengahwinkan Fatimahdengan Ali. Dalam riwayat di atas penolakan Rasulullah SAW terhadap Abu Bakar dan Umar bukanlah kerana sesuatu sebab yang tak baik yang ada pada mereka tetapi hanya kerana umur mereka yang terlalu jauh jikadibandingkan dengan umur Fatimah.

Walaubagaimana pun, jika soal agama dan akhlak menjadi pengukur dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan calon suami, aspek ter-sebut tetap diutamakan dan ciri lain diambil kira setelah asas agama dan akhlak dipenuhi.

Penutup Ideal atau realistiknya panduan yang diberikan oleh Islam didalam pemilihan pasangan bukanlah menjadi sebab kepada penolakan ter-hadap tuntutan perkahwinan. Islam tak bermaksud untuk menyempitkan laluan ke arah perkahwinan, cuma jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka Islam menjanjikan suatu suasana yang harmonis dan kebahagiaan yang di-dambakan oleh sebahagian besar pasangan yang berumahtangga.

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code