Rehat Minda: Buat yang teror matematik.

>> Friday, September 25, 2009


Bagi yang teror matematik, hehehe... sila cari jawapan bagi persoalan berikut:

1) Ah Chin

Ah Chin miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45. die bayar then die dapat baki rm5. die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1. die tinggal rm3. die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24. so die hutang rm48. die ade rm3 skarang. rm48+rm3= rm51 kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?

2) Abu

Abu miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm44. die bayar then die dapat baki rm6. die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2. die tinggal rm2. die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23. so die hutang rm46. die ade rm2 skarang. rm46+rm2= rm48 mana lagi rm2?

3) Rama-sami

Rama-sami miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm47. die bayar then die dapat baki rm3. die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1. die tinggal rm1. die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24. so die hutang rm48. die ade rm1 skarang. rm48+rm1= rm49
kenapa jumlah duit dia jadi rm49? Ke mana hilang rm1?

Read more...

Salam Aidilfitri 1430: Kullu Am Waentum Bikhair!!!!

>> Sunday, September 20, 2009

Assalamualaikum....

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...

Alhamdulillah, pertama syukur kehadrat Allah kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk merayakan hari yang penuh barakah buat kali ini. Setelah sebulan kita melalui Universiti Ramadhan yang dihiasi dengan penuh ujian-ujian dan janji-janji dan kelebihan dari rektornya..Akhirnya, Hari ini kita sama-sama dapat menyambut Konvokesyen yang mudah-mudahan ijazah TAQWA yang dijanjikan menjadi milik kita untuk bekalan hari hari yang mendatang.

Jadi, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1430 ini, saya menyusun dua puluh jari kaki dan tangan memohon berbanyak-banyak kemaafaan di atas silap dan salah yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja, tahu ataupun tidak tahu, kepada semua sahabat-sahabat yang mengunjung blog ini, terutamanya sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Mudah-mudahan Allah menjadikan dikalangan hambanya yang sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam dan menjadikan hambanya-hambanya yang bertaqwa.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
KULLU AM WAENTUM BIKHAI!!!
Maaf Zahir & Batin
Daripada:
@bar's Sekeluarga...

Read more...

Perutusan Aidilfitri 1430: Mursyidul Am & Presiden

>> Friday, September 18, 2009

PERUTUSAN MURSYIDUL AM

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini. Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan. Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri.

Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat. Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala.

Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala. Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti. Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum.

Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain. Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala. Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar.

Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam. Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala. Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan. Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Ikhlas:
Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
____________________________________________
PERUTUSAN PRESIDEN

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan ?Eid Mubarak? kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code