Memperingati 60 Tahun NAKBAH di Palestin

>> Friday, May 16, 2008

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Isra’: 1)

Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu.

Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah ‘bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.


60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain dibibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka,

Manakala golongan Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.

Istilah `Nakbah’ mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.


Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.

Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? dan dimanakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan.

Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.
Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)…
(Surah al-Nisa’: 157)


Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

PAKSI PENGETAHUAN

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.


3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

PAKSI MAKNAWI (JIWA)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.

PAKSI AMALI / PRAKTIKAL

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Maksudnya:
Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau.
(Surah al-Maidah: 78)


Khutbah Jumaat
Al-Fadhil Ustaz Nasharuddin Tantawi
16/05/2008

Read more...

CSP (2)...Alhamdulillah...selesai sem1...

>> Tuesday, May 06, 2008

SYUKUR

..Al hamdulillah..syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesihatan, dipanjangkan umur, walaupun kadang kala sakit datang..biasalah adat benda yang bernyawa...selagi jasad bernyawa lainlah batu ker kayu ker...heheheh...
Pustaka Tun Seri Lanang....UKM
BLOG'S.
Lama benar x masukkan entrie kat blog ni,terutamnaya mengenai Catatan Sebuah Perjalanan (CSP), ni baru kali kedua...maybe tak ada yang istemewa kut yang nak dikongsi mengenai diri ini kut... entahlah..ada juga terlintas dalam hati nak masukkan..tapi bila bukak jer..tiba-tiba datang malas...sorrylah buat sahabat yang terbukak blog ni..kalau x ada yang baru...blog ni sebenarnya x ada apa yang istimewa, cuma sekadar blog's peribadi sajer..Kalau nak imbas kembali pasal blog ni, Ikutnya, kira dah dekat 2 tahun lebih dah usia blog ni, tapi x ada apa apa kemajuan pun, masa tu kat Manchester, tengok kebanyakkan budak Manchester semuanya berblog, kalau nak berbanding budak egypt tak ada lagi kut, kalau ada pun tak ramai macam sekarang. So terasa nak berblog juga kononya, so try lah buat.Awal-awalnya, sajer-sajer, cuba-cuba belajar buat blog, bukan senang jugak nak buatnya, almaklumlah benda-benda ni kurang sikit. Mujur ada brother Darda ajar, thank's brother!!!..then cuba dan upgrade sikit demi sikit, so macam nilah jadinya...entahlah ok ker tak..apa-apa pun, puas hati coz hasil tangan sendiri.Rasanya cukuplah berkeadaan cam ni dulu kut, lepas ni upgradelah...cuma no time jer..lagi..
Tempat melepak...Cari ilmulah

SEM 1 Selesai....
Entah..hari ni terasa nak menulis sikit...sajer nak buat kenangan tentang hari ni...apa yang istimewanya hari ni ya????
Tak ada apa pun...cuma baru saje sebentar tadi lepas exam paper yang terakhir.... alhamdulillah 6 madah yang diambil untuk sem ini telah selesai. Entah jawab apa tau dalam exam tu..yang penting harapnya natijahnya ok ok jer.
Sekejap je masa berlalu, rupa-rupanya dah lima bulan lebih dah berkelana di bumi UKM ni...Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memperkenankan juga hasrat ini, walaupun terasa bergitu kerdil dan tidak layak diri ini untuk menanggungnya...
Bila dikenang-kenang hari pertama perngajian, terasa terharu juga...seolah-olah berada di alam dunia yang baru...tak ada siapa yang kenal...hanya sebatang kara sahaja...semua berlainan, alhamdulillah...selepas berlalu.....akhirnya dapat juga menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Pengajian yang dilalui ini memang cukup cukup berbeza jika hendak dibandingkan pengajian yang dilalui dulu...cukup -cukup mencabar buat diri yang serba kekurangan ini....suasana pun berbeza, rupanya begini suasana University di Malaysia...lebih terbuka berbanding dulu....Apa-apa pun, Banyak pengalaman dan ilmu yang rasa boleh diambil selama 5 bulan pengajian ini....
Dalam bilik kuliah....
Ala kulillihal, alhamdulillah kerana diberi kesempatan melalui susasana ini...
so...sem 1 ni dah berakhir...apa-apa pun diharap sem yang akan datang mendatangkan kebaikan dan kemajuan yang lebih baik lagi..Moga Allah memberikan kekuatan luaran dan dalaman buat diri ini bagi menghabiskan pengajian ini dengan jayanya....

Teman sejati ni......x boleh tinggal

Read more...

KAHWIN!!!..Antara Jodoh atau Pilihan....

>> Monday, April 07, 2008

Bila bercakap pasal kawin...kadang-kadang pening juga dibuatnya....tapi bila tengok kawan-kawan kawin sorang demi sorang... selamber jer..happy jer...x nampak ada masalah pun....

Bukan apa, mungkin jodoh x ada lagi kut...
Dan....Bila cakap pasal jodoh ni..terfikir pulak...apakah jodoh itu dipilih atau ia penentuan takdir semata-mata? Berbagai telahan diberikan; ada yang mengatakan bahawa jodoh itu ada- lah ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya. Adapula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih, dicari dan diselidik. Ia bukannya penentuan takdir semata-mata
Pening!!!..Pening....
Sebenarnya, macam ni kut......

Manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah berikan ikhtiar itu kepada manusia. Menerima takdir semata-mata bukanlah bererti menunggu tanpa berusaha untuk mendapatkannya. Untuk mendapatkan sesuatu, ia mestilah diusahakan kemudian barulah diserah- kan segalanya untuk takdir menentukan samada baik atau buruk, berjaya atau tidak.

Begitu juga dengan jodoh, walaupun Allah SWT sudah menentu kan siapakah bakal pasangan seseorang, namun usaha untuk dapatkan yang terbaik tak boleh diabaikan. Dalam soal pasangan ini, Islam tak biarkan manusia bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Oleh itu, Islam berikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai.
Setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang boleh membahagiakan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara. Kerana hartanya, keturunan- nya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah yang beragama pasti kamu mendapat kebahagiaan".
Dalam hadis di atas Rasulullah SAW menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri. Walaubagai-manapun Rasulullah SAW menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan.
Penegasan terhadap keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas di dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya oleh kerana Allah telah memelihara mereka".

Perkara ini perlu ditekankan kerana isteri yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa taat kepada suaminya dan akan sentiasa memelihara kehormatan dirinya. Namun begitu, ciri-ciri lain tidak ditolak dalam menentukan pilihan, kerana ia merupakan unsur pelengkap kepada kebahagiaan rumahtangga. Ciri-ciri seperti kecantikan merupakan pendorong kepada kemesraan dan juga kecintaan suami terhadap isteri. Apabila suami memandang isterinya yang cantik maka timbullah perasaankasih dan cinta yang mendalam dan ini akan menjaga pandangan suami dan seterusnya ia akan melengkapkan lagi tuntutan daripada perkahwinan itu sendiri. Dalam hal ini Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai wanita yang disifatkan baik, Rasulullah SAW menjawab:
Perempuan yang mengembirakan suaminya apabila dipandang, mematuhi suaminya apabila disuruh dan tak membantah suaminya samada tentang diri atau harta".
Dalam satu hadis yang lain Baginda SAW bersabda:
"Sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa paras dan ringan mas kahwinnya".

Di samping itu, Rasulullah SAW memperingatkan tentang keburukan meng- utamakan pemilihan pasangan berdasarkan ciri-ciri kecantikan, harta, kedudukan atau keturunan semata-mata. Antaranya hadis Baginda SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengahwini seseorang perempuan semata-mata kerana kemuliaannya, Allah tak memberinya apa-apa kecuali kehinaan."
"Sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tak akan menambahkan kepadanya apa-apa kecuali kemiskinan. Sesiapa yang mengahwininya ke- rana kedudukan keluarganya, Allah tak akan menambahkan apa-apa kepada nya kecuali kehinaan. Tetapi sesiapa yang mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain, melainkan untuk mengawal pandangan dan men- jaga kehormatannya atau dengan tujuan menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberkati kedua-dua lelaki dan perempuan".

Antara ciri lain yang diutamakan dalam pemilihan pasangan ialah ber-potensi untuk melahirkan zuriat yang ramai kerana zuriat akan menjadi penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan lambang kasih-sayang suami isteri. Di samping itu, ia menjadi aset yang paling besar kepada umat Islam sebagai penyambung kepimpinan dan penguasaan di dunia ini. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Kamu kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai kerana aku bangga dengan umatku yang ramai di hari Akhirat kelak".

Pasangan yang dipilih hendaklah dari kaum kerabat yang jauh. Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung silaturrahim, memperkembangkan masyarakat, mempereratkan hubungan sesama manusia dan mengelakkan ter- jadinya sikap perkauman. Oleh itu, Islam menggalakkan perkahwinan di antara orang yang bukan di kalangan kaum kerabat. Rasulullah SAW sendiri bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berkahwin dengan sanak saudara kerana ia akan melahir- kan anak yang berbadan kurus, lemah dan kurang mampu berfikir".

Begitupun, ciri-ciri ini bukan sahaja digunakan untuk menentukan calon isteri, malah bukan sedikit hadis-hadis yang memperkatakan tentang calon suami. Antaranya sabda Rasulullah SAW di dalam nasihatnya kepada wali (penjaga bagi anak perempuan) yang bermaksud:
"Apabila seseorang yang kamu yakini tentang agama dan akhlaknya datang melamar (anak kamu) maka kahwinkanlah dia. Jika kamu enggan, fitnah dan keburukan akan terjadi di dunia ini. Lalu orang ramai bertanya: Ya Rasulullah, kalaupun dia seorang yang kafir dan tidak berada?
Jawab baginda, "Apabila seseorang yang kamu yakini tentang agama dan akhlaknya datang melamar maka kahwinkanlah dia (dan Rasulullah SAW menyebutnya hingga 3 kali)".

Hadis di atas jelas sekali mementingkan aspek agama dan akhlak dalam pemilihan.
Namun begitu, wanita juga tak dinafikan haknya untuk menentukan siapa pasangannya sebagaimana lelaki. Malah aspek-aspek seperti keturunan, rupa paras dan harta benda juga menjadi ciri asas kepada pertimbangan pemilihan selain keutamaan diberikan kepada ciri agama dan akhlak. Antara hadis Rasulullah SAW dalam hal-hal seperti ini ialah penerimaanRasulullah SAW terhadap penolakan Barirah untuk terus bersama suaminyayang masih hamba sedangkan dia sendiri sudah dimerdekakan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Hai Abbas, tidakkah kamu kagum dengan cinta Mugith terhadap Barirah dan kebencian Barirah terhadap Mugith? Alangkah baiknya jika Barirah menerima Mugith kembali."
Kata Barirah:"Ya Rasulullah, apakah kamu menyuruh saya berbuat demikian?"
Jawab Baginda SAW: "Saya hanya mahu membantu".
Barirah menjawab: "Kalau begitu, saya tidak lagi memerlukannya".

Dalam hadis ini Rasulullah SAW mengakui bahawa aspek kedudukan dan keturunan menjadi pengukur kepada pemilihan pasangan kerana itulahRasulullah SAW menerima penolakan Barirah terhadap Mugith kerana dia sudah merdeka sedangkan Mugith masih hamba. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW mengakui bahawa aspek kecantikan rupa paras menjadi pengukur untuk menerima pasangan. Dengan sebab itu, Rasulullah SAW menerima pemutusan ikatan perkahwinan atas sebab buruk rupa paras.
Ibnu Abbas telah meriwayatkan dalam suatu hadis bermaksud:
"Cerai khulu' yang pertama sekali dalam Islam ialah kes saudara perem- puan Abdullah bin Ubai. Dia telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Saya tak akan bersatu dengannya (suami yang dikahwininya) buat selama-lamanya. "Sesungguhnya apabila saya menyelak sebahagian daripada khemah saya melihat dia dalam satu angkatan. Saya dapati dialah paling hitam, paling pendek dan paling hodoh mukanya dalam angkatan itu."
Kata suaminya: "Wahai Rasulullah, saya telah berikan kepadanya (Isteri) sebaik-baik harta, iaitu sebuah kebun kalau dia memulangkan kembali kebun itu kepadaku!" Sabda Rasulullah SAW kepada perempuan itu: "Apa pandangan kamu?"
Maka jawabnya: "Ya, malah kalau dia mahu, saya boleh tambah lagi."

Maka Rasulullah lalu memisahkan antara keduanya.

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sebab kepada perpisahan itu ialah penolakan isteri terhadap rupa paras suami yang buruk.

Ciri-ciri lain yang diambil kira dalam pemilihan suami ialah kesihatan tubuh badan. Dalam hal ini para Fuqaha bersepakat memberikan hak kepada isteri untuk memohon fasakh jika didapati suami mempunyai penyakit yang menghalang terlaksananya hubungan suami isteri. Antara matlamat syariat perkahwinan ialah untuk menyalurkan naluri kemanusiaan melalui jalan yang disyaratkan dan jika matlamat ini tak dapat dipenuhien, peruntukan fiqh memberikan jalan keluar dengan fasakh.

Begitu juga soal umur, ia juga diambil kira malah perkahwinan dengan lelaki atau perempuan yang lanjut usia dianggap makruh. Ini kerana sebahagian daripada matlamat perkahwinan itu iaitu untuk menyalurkannaluri kemanusiaan kemungkinan tak akan dapat ditunaikan secara baik. An Nasa'i meriwayatkan Abdullah bin Umar menceritakan bahawa ayahnyaberkata:
Abu Bakar dan Umar RA telah meminang Fatimah. Rasulullah SAWlalu berkata: "Dia masih kecil". Kemudian anaknya dipinang oleh Ali. Baginda lalu mengahwinkan Fatimahdengan Ali. Dalam riwayat di atas penolakan Rasulullah SAW terhadap Abu Bakar dan Umar bukanlah kerana sesuatu sebab yang tak baik yang ada pada mereka tetapi hanya kerana umur mereka yang terlalu jauh jikadibandingkan dengan umur Fatimah.

Walaubagaimana pun, jika soal agama dan akhlak menjadi pengukur dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan calon suami, aspek ter-sebut tetap diutamakan dan ciri lain diambil kira setelah asas agama dan akhlak dipenuhi.

Penutup Ideal atau realistiknya panduan yang diberikan oleh Islam didalam pemilihan pasangan bukanlah menjadi sebab kepada penolakan ter-hadap tuntutan perkahwinan. Islam tak bermaksud untuk menyempitkan laluan ke arah perkahwinan, cuma jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka Islam menjanjikan suatu suasana yang harmonis dan kebahagiaan yang di-dambakan oleh sebahagian besar pasangan yang berumahtangga.

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code