Adakah ibuku seorang pembohong????

>> Tuesday, June 30, 2009

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku.
Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu
membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


1) PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut.Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
"Makanlah nak ibu tak lapar."

2) PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

3) PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."

4) PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :
"Minumlah nak, ibu tak haus!!"

5) PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan,ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."

6) PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu.Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :

"Jangan susah-susah, ibu ada duit."

7) PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang"

8) PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata :
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

" Wahai TuhanKu, Ampunkanlah daku dan kedua ibubapaku, serta rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mendidikku sewaktu ku kecil "
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Read more...

Belasungkawa: Al-Fatihah!!! Buat..Al-Fadhil Ustaz Wan Salimi Wan Sulong

>> Tuesday, June 09, 2009

Hari ini, saya menulis belasungkawa untuk orang lain, mungkin akan datang orang lain pulak menulis belasangkawa untuk saya...Yang Pasti... Ajal dan maut pasti akan menemui kita semua cuma waktu dan ketika, cepat dan lambat sahaja yang membezakan kita...

" Apabila datang ajal kamu, sesekali tidak dilewatkan maupun dipercepatkan walaupun seminit/sesaat"

Semalam 8/06/2009, Isnin, 8.00pm, saya dikejutkan dengan satu panggilan mengatakan Al-Fadhil Ustaz Wan Salimi Wan Sulong telah kembali kerahmatullah...terkedu juga seketika...persoalan bertubi tubi menerpa dionak kepala..Ya Allah!!! kenapa cepat sangat, dia masih muda, dia orang alim, warak, hebat kenapa cepat sangat engkau memanggilnya, sedangkan ramai lagi orang-orang jahat, ramai lagi perosok agama bermaharajalela... pasrah!!!

Ustaz Salimi, nama penuh Wan Salimi bin Wan sulong (Abu Urwah) asal Kg Bukit Pelong, Setiu, umur 30 tahun, Isteri Jamilah hambali mempunyai 3 cahaya mata... web beliau http://www.aisaralex.blogspot.com/
Saya panggil beliau (Limie)...memang orang hebat, alim, warak dan pandai berceramah...ceria mudah berkawan...Perkenalan pertama kali semasa tahun pertama menjejak kaki kemesir...sama sama tahun satu tapi saya di kaherah beliau di Dumyat, Namun beliau banyak habiskan masa talaqi menuntut ilmu diKaherah...banyak juga kenangan-kenangan manis bersama beliau... terutama sekali semasa gi Dumyat masa musim panas...memang tak dapat dilupakan...

Last kali jumpa beliau tak silap bulan 8/ 2008, di Rusila, sempat bertanya khabar.dan last kali dengar khabr bulan lepas, dia koma kat hospital Kubang kerian disebabkan pendarahan di otok kesan dari kemalangan motor lalu..tapi tak sempat juga nak pergi melawat kat hospital hingga semalam dan pagi tadi tak sempat untuk memberi pernghormatan yang terakhir disebabkan pertembungan yang tak dapat dielakkan... mintak maaf banyak mie...memang hati ini terbuak buak untuk pergi..tapi apakan daya...

Dedikasi Buat Ustaz Salimi...semoga Allah meletakkan beliau dikalangan hamba hambanya yang soleh...Mintak maaf silap dan salah...Halalkan makan minum dan segalanya..

AL FAATIHAH!!!!

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code