ULASAN BUKU 1: Komunikasi Bahasa Arab Praktis Untuk Guru dan Penuntut..

>> Thursday, December 09, 2010

Tajuk Buku : Komunikasi Bahasa Arab Praktis Untuk Guru dan Penuntut
Pengarang : Ustaz Haji Tuan Harun Tuan Cob Al-Farmaisyuri
Ustaz Haji Nik Anwar Zakaria al Basuty
Penerbit : One Touch Creative Sdn. Bhd.


" Setelah membaca dan menghayati kandungan buku ini, maka saya dapati amat sesuai dijadikan bahan rujukan serta panduan kepada pelajar-pelajar sekolah ( kelas Aliran Arab atau j-QAF) , guru-guru Pendidikan Islam , para jemaah haji atau sesiapa sahaja atau sesiapa sahaja yang mahu mempelajari pertuturan bahasa arab harian dengan betul"

( Ustaz Abdullah Abdul Rahman, Penolong Pegawai Pelajaran, Pengurusan Pendidikan Islam, PPD Kuala Terengganu)

" Terus terang saya katakan, apabila menatap buku ini buat kali pertama, hati saya sudah tertarik dengan pengisian yang terkandung di dalam buku ini, setelah ditatapi dari kulit ke kulit secara sepintas lalu, saya dapat banyak manaafaat dan faedah boleh ditimba dari buku ini"

( Ustaz Mohd Allnurulhuda Ghazali, Ketua jurulatih Utama j-QAF Terengganu )

" Penulis telah meletakkan contoh praktikal dalam bahasa arab dan terjemahanya dalam bahasa melayu sehingga menjadi mudah ke aats lidah pelajar, jelas pada minda mereka, memenuhi keperluan mereka"

( Ustaz Khai Al-Lutfi Haji Abdul Manan, Jurulatih utama Bahasa Arab j-QAF Terengganu )

Sebagaimana diketahui Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting terutamanya bagi ummat Islam. Disamping ia merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa ahli-ahli syurga, ia juga bahasa yang penting untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama. Suatu perkembangan yang mengkagumkan pada hari ini, bahasa arab makin digemari oleh para ilmuan atau masyarakat seluruh dunia terutamnya dinegara umat islam ia menjadi bahasa pilihan yang ketiga selepas bahasa tempatan dan bahasa inggeris.

Tidak kurang hebatnya dimalaysia hari ini, dengan adanya program j-QAF yang diilhamkan oleh matan pendana menteri lepas, disamping usaha-usaha lain yang dibuat oleh badan-badan tertentu menjadikan bahasa arab diminati ramai dan berkembang dengan baiknya. Pelbagai buku-buku bahasa arab dan kamus-kamus tumbuh bagaikan cendawan berada dipasaran bagi memudahkan orang ramai menguasai bahasa arab.

Dengan munculnya buku ini, ia mejadi salah satu sumbangan pengarang dalam meningkatkan dan memudahkan para masyarakat malaysia terutamanya pendidik, pelajar dan juga pencinta-pencinta bahasa arab untuk mengaplikasinya dalam perbualan harian. Buku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding dengan buku perbualan bahasa arab yang lain. Disamping diletakan perbualan ditempat-tempat, situasi, suasana, topik, ia juga mengandungi panduan dan cara bagaimana untuk mengendalikan dan mengacarai sesebuah majlis dan mesyuarat dalam bahasa arab.

Kemunculan buku ini tepat pada masanya dengan perkembangan bahasa arab pada hari ini. Dalam buku ini pengarang meletakkan dengan 14 susunan bab yang baik dengan contoh-contoh perbualan bermula dengan bab 1 iaitu pengucapan majlis dan upacara dan diakhiri bab 14 dengan pelbagai perbendaharaan kata penting.

Diantara keistimewaan buku ini ialah:

1) menampilkan contoh-contoh ayat bahasa arab yang boleh digunakan oleh pengacara atau pengerusi majlis untuk mengendalikan sesuatu majlis dan upacara rasmi.

2) diletak baris setiap kalimah bahasa arab untukmemudahkan pembaca menyebut dan membaca kalimah dan ayat dengan tepat berdasarkan tatabahasa arab yang betul.

3) menyertai terjemahan dalam bahasa melayu yang sepadan dengan bahasa arab berdasarkan penggunaan dalam komunikasi antara seseorang dengan yang lain.

4) menyusun ayat-ayat dalam bentuk memudahkan pembaca mengetahui makna perbualan dalam bahasa melayu

5) bahasa digunakan berdasarkan uslub-uslub komunikasi yang digunakan oleh orang arab dalam percakapan mereka.

6) merangkumi perbualan antara lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan dan atara lelaki dan perempuan.

7) dihiasi gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk pada setiap mukasurat.

Bagi saya, rugilah bagi sesiapa yang tidak memiliki buku ini, kerana sukar untuk untuk mendapatkan buku yang memaparkan panduan mengendalikan majlis dan mesyuarat secara khusus dalam bahasa arab. Disamping pengarangnya yang tidak kurang hebat dalam bidang bahasa arab dengan rujukan beliau dikalangan buku-buku dan pakar-pakar bahasa arab di malaysia.

Buku ini tidak dijual dikedai buku secara meluas buat setakat ini, ia hanya dijual oleh pengarang sendiri. Sesiapa yang berhajat boleh menghubungi pengarang sendiri di no 0179060290 di terengganu dengan harga RM25 sahaja.






Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code