AL FATIHAH!!!!...Buat Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Mohd Sulong...

>> Saturday, September 08, 2007


03 september 2007.....

Tiada sesiapa yang dapat menjangka tarikh kematiannya...yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati... Al-fatihah.... buat Allahyarham Ustaz Mohd Sulong....mudah-mudahan Allah meletakkannya dikalangan hambanya yang soleh....
Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana sempat juga bertemu muka dengan ustaz yang dikasihi untuk kali terakhir..Gambar ini diambil semasa melawat di hospital seminggu sebelum kematian beliau..
Kehilangan beliau amat-amat dirasai terutama pelajar-pelajarnya...bukan mudah untuk mencari seorang ustaz yang sangat besar pengorbanannya ...Walaupun beliau ditawarkan berbagai-bagai jawatan kerajaan atau boleh bekerja dengan kerajaan yang memungkinkan beliau hidup senang, kaya raya, akan tetapi beliau sanggup meninggalkan itu semua untuk berjuang di Darul Quran yang penuh dengan kedhoifan hingga ke akhir hayat beliau....Bayangkan seorang ustaz yang sanggup datang mengajar dengan menaiki 3 buah bas dari kampungnya ke Kuala Berang, dari Kuala Berang Ke Kuala Terengganu, dari Kuala Terengganu ke Rusila..semata-mata untuk memberi ilmu pengertahuan kepada muridnya......Terlalu jauh hendak
dibandingkan dengan kita hari ini....
Ustaz, Terima kasih diatas segala ilmu yang dicurahkan...semoga Allah sentiasa mengurniakan pahala dan kebaikan kepada beliau walaupun jasad di kandung tanah....

-AL-FAATIHAH-

1 comments:

mohd saiful 2:23 PM  

Ya Allah, semoga engkau tempatkan guruku ditempat orang2 yang soleh, berkatilah keluarganya, Amen ya rabb.

Web Counters
Old Navy Promotion Code