Manfaatkan penulisan blog untuk perjuangan Islam...
>> Saturday, May 09, 2009
GOMBAK, 8 Mei (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun. Iklan
"Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog," tegas beliau.
Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.
Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.
"Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.
"Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.
"Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda," katanya.
Hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.
"Malang untuk kita gaga memanfaatkan perkara ini.
"Saya juga nak melahirkan rasa sedih, kalau ada yang gagal memanfaatkan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
"Dengan menjadikan penulisan mereka yang membawa racun kepada jemaah, mendedahkan rahsia jemaah melaga-lagakan pimpinan, mencetuskan isu-isu yang mengeruhkan silaturahim di kalangan kita.
"Sepatutnya ruang itu digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kandungan kehebatan perjuangan yang kita dukung ini, bagaimana keindahan Islam dan bagaimana kehebatan kita menentang kebatilan, sepatutnya begitu," ujarnya. - mns_
Harakahdaily.net-08/05/2009
0 comments:
Post a Comment