LUGHATUL FASLI : Selamat Berpraktikum!!!

>> Wednesday, January 27, 2010


Bismillahirrahmanirahim...
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...
Bertutur Bahasa Arab 100% di dalam P&P bukan sesutu yang mudah, apatah lagi pelajar-pelajar terdiri daripada sekolah rendah. Namun ianya boleh dicapai jika sekiranya ianya dipraktik kan setiap hari. Bersempena dengan kesibukan ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Lughatul Fasli atau bahasa kelas dan pujian-pujian untuk dipraktikan semasa P&P. Kalau dilihat perkataan yang diguna nampak simple dan mudah sahaja, namun kadang-kadang semasa P&P berjalan lidah menjadi kaku untuk menyebut perkataan yang mudah ini, mungkin disebabkan kita tidak membiasakannya menyebabkan perkataan yang mudah ini menyebabkan kita lupa. Mudah-mudahan ianya bermanafaat untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang sedang praktikum sekarang..

LIHAT
انظر/انظرا/انظروا/انظري/انظرن
انظر إلى الأمام
انظر إلى الوراء
انظر إلى السبورة
انظر إلى الخارج
انظر إلى الكتاب
انظر إلى زميلك
انظر إلى

TULIS
اكتب/اكتبا/اكتبوا/اكتبي/اكتبن
اكتب الدرس
اكتب واجب المنزل
اكتب الرسالة
اكتب التدريب
اكتب كلمة .... على السبورة
اكتب جملة صحيحة
اكتب كلمة صحيحة في الفراغ
اكتب

DENGAR/ AMBIL PERHATIAN
استمع/استمعا/استمعوا/استمعي/استمعن
استمع إلى كلام المدرس
استمع إلى كلام المدير
استمع إلى كلام أمك/أبيك
استمع إلى النصيحة
استمع إلى صوت المذياع
استمع إلى قراءة القرءان
استمع إلى

ULANG
أعد/أعيدا/أعيدوا/أعيدي/أعدن
أعد القراءة
أعد الكتابة
أعد الإجابة
أعد الكلام
أعد ماذا قلت
أعد مرة ثانية
أعد

BACA
اقرأ/اقرءا/اقرءوا/اقرئي/اقرأن
اقرأ القرآن
اقرأ الكتاب
اقرأ الجريدة
اقرأ القطعة أمامك
اقرأ الفقرة الأولى
اقرأ العبارات الآتية
اقرأ النص
اقرأ

KATA/ SEBUT
قل/قولا/قولوا/قولي/قلن
قل لي بصوت مرتفع
قل ما تعرفه
قل ما عندك
قل بكلام واضح
قل ما سمعت
قل يا محمد
قل

JAWAB
أجب/أجيبا/أجيبوا/أجيبي/أجبن
أجب عن سؤالي /السؤال
أجب عن الأسئلة شفهيا
أجب بإجابة صحيحة
أجب يا محمد
أجيبوا عن سؤالي
أجب عن

MASUK
ادخل/ادخلا/ادخلوا/ادخلي/ادخلن
ادخل البيت
ادخل الفصل
ادخل القاعة
ادخل المكتبة
ادخلوا الولاية بسلام
ادخل السيارة
ادخل

DUDUK
اجلس/اجلسا/اجلسوا/اجلسي/اجلسن
اجلس على الكرسي
اجلس على المقعد
اجلس في مجموعتك
اجلس بهدوء
اجلس في المصلى بهدوء
اجلس ...

ULANG
كرر/كررا/كرروا/كرري/كررن
كرر ما أقول/قلت
كرر هذه العبارة
كرر الإجابة
كرر كلامي
كرر قول صديقك
كرر

ULANG
ردد/رددا/رددوا/رددي/رددن
ردد الكلام
ردد العبارة
ردد الجملة
ردد النطق
ردد


ARAHAN
الأوامر

أشر إلى ... Tunjuk ke
قف عند/من/ب Berhenti
اجلس على... /ب Duduk
ادخل Masuk
اخرج Keluar
اكتب Tulis
انظر Lihat
اسمع Dengar
استمع Ambil perhatian
اقرأ Baca
اعد Ulang
افعل Buat
افتح Buka
اغلق Tutup
تعال Mari
اتجه إلى Pergi ke
تقدم إلى Mari ker
تفضل Silakan
اختر Pilih
امسك Pegang
ردد Ulang
كرر Ulang
امسح Sapu
نظف bersih
ارم Lontar
امش Berjalan
اجمع Kumpul
اشتر Beli
ارجع Kembalikan
حرك Gerak
وزع Bahgikan
ابحث Cari
عد Bilang
خذ Ambil
ضع Letak
قل Sebut/ kata
قم Bangun

Disamping arahan2 diatas, lebih elok dan manis lagi diselitkan dengan pujian-pujian dibawah:


PENEGUHAN DAN PUJIAN BERBENTUK SEBUTAN التعزيز اللفظي
Terdapat dua cara untuk seseorang guru membuat pujian melalui sebutan ;
1. Pujian dengan perkataan (بالكلمة) seperti :
أحسنت، جيدة، ممتازة، متميزة، جميلة، صحيحة، شاطرة، حلوة، شكرا، أنيقة، مرتبة، مدهشة، ذكية، رائعة، مجتهدة، نظيفة، عبقرية، فاطنة
dan sebagainya.
2. Pujian dengan ayat (بالجملة) seperti :
إجابة صحيحة، اقتراح جيدة، جهودك مباركة، جيد جدا، جيد ومرتب، خطك جميل، كلامك رائع، عملك رائع، فارس العربية، فكرة مدهشة، مشاركة متميزة، بارك الله فيك، ممتاز وثابر، ممتاز ومتفوق، كيف توصلت إلى الاستنتاج الرائع؟، أدهشتني اجابتك، ما أروعك، هل أنت رائع دائما هكذا!، عين الله ترعاك، جميل يا بطل، أنا معجبة بهذه الإجابة
dan sebagainya.

Sumber:
IPGM KDRI
Mior-j-QAF

Read more...

Penggunaan kalimah " ALLAH"-TNGHAHA

>> Sunday, January 10, 2010

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”.

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.


Wallahua’alam.
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
7 Januari 2010

Read more...

2010: Permulaan yang unik dan pelik....

>> Friday, January 01, 2010

" .....boleh tafsir sikit tak..kenapa awal tahun ni pelik semacam jer...dah lah jatuh hari jumaat, 15 muharam( malam purnama penuh), lepas tu berlaku gerhana bulan dan paginya hujan turun x henti2 sampai ker malam..."


Itulah lebih kurang bunyi sms yang saya terima sebentar tadi... Tersenyum seketika dibuatnya saya...dia ingat saya ni nujum pak belalang ker...boleh meramal macam-macam.
Saya ingat saya seorang jer berfikiran cam tu, rupanya ada juga sahabat-sahabat lain yang merasakan keunikan dan kepelikan awal 2010.

Apa-apapun, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah ketika 2009 melabuhkan tirainya dan 2010 mula membuka tirainya pada detik 12.00 malam tadi, kita masih lagi diberi kemampuan untuk bernafas, merasai nikmat-nikmat yang tak terhingga diberikan kepada kita.

Seperti biasa, setiap tahun, malam 31 merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh semua terutamanya golongan muda-mudi. Seolah-olah malam ini merupakan malam pesta maksiat, malam untuk melakukan segala kemahuan nafsu syaitan. Ditambah pula dengan program-program yang mengalakkan dan menyemarakkan nafsu anak-anak muda. Menjadikan ianya betul- betul malam maksiat dengan berpuluh-puluh tangkapan yang dibuat di awal pagi.

Namun Alhamdulillah, pada awal tahun ini satu keunikan berlaku, Allah membuka tirai 2010 dengan pembukaan yang baik. Dengan dimulainya dengan penghulu hari hari iaitu hari jumaat yang penuh keberkatan, di samping hujan turun di pagi hari yang tak henti-henti insyaalah hujan yang membawa keberkatan untuk 2010. Dan yang paling istimewa Allah menyediakan satu program yang jarang berlaku selepas detik 12.00 malam iaitu gerhana bulan yang bermula 1.17 pagi 5.30 pagi. Dengan disunatkan kita bersembahyang sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah. Namun berapa kerat sahaja manusia yang sedar dan melakukan solat dan mendengar khutbah ketika itu, ramai antara mereka yang leka dengan hawa nafsu dengan program maksiat yang dianjurkan. dan yang paling malang lagi, mungkin ada yang melakukan maksiat bersama pasangan sambil memerhatikan gerhana bulan ditepi-tepi pantai dan sebagainya... nauzubillah...

Inilah realiti yang berlaku hari ini, manusia semakin hari semakin rosak, maksiat berleluasa disana- sini, Tidak takutkah kita bala dari Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka halal bala untuk menimpa mereka.”
1) Apabila harta kekayaan sesebuah negara hanya berlegar dikalangan orang-orang tertentu.
2) Bila amanah dijadikan sumber keuntungan.
3) Bila zakat dianggap denda.
4) Bila suami mengikuti kehendak isteri.
5) Bila anak-anak derhaka kepada ibu bapa.
6) Bila anak-anak lebih mempercayai kawan.
7) Bila anak-anak menjauhkan diri daripada ibu bapa.
8) Apabila suara ditinggikan dalam masjid (masjid jadi tempat pergaduhan).
9) Apabila seseorang yang rendah maruah dirinya menjadi pemimpin.
10) Seseorang yang dimuliakan kerana takut kepada kejahatannya.
11) Bila arak berleluasa.
12) Bila lelaki memakai pakaian sutera.
13) Apabila artis disanjung-sanjung.
14) Muzik semakin banyak dimainkan.
15) Umat akhir zaman melaknat umat terdahulu. Begitu juga melaknat ulama-ulama terdahulu.
Mudah-mudahan kita mengambil iktibar apa yang berlaku sebelum ini, peristiwa tsunami, gempa bumi dipadang, tanah runtuh dibukit antarabangsa dan sebagainya menjadi peringatan kepada kita, jangan kita fikir dimalaysia tidak akan berlaku gempa bumi yang dahsyat, tanda-tanda kecil sudah berlaku...semuanya kekuasaan Allah, jika allah hendak membinasakan sesuatu kampung dan kaum itu sekelit mata sahaja....

Fikir-fikir dan renungkanlah...mudah-mudahan kenangan pahit dan dosa 2009 dijadikan iktibar sebagai bekalan untuk 2010 yang penuh mencabar.

SELAMAT TAHUN BARU 2010....Buat semua...wakafkanlah diri kita untuk perjuangan Islam...jangan tanya bila Islam akan memang kerana Islam akan tetap memang...tapi tanyalah apakah sumbangan kita buat untuk perjuangan Islam.

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code