SELAMAT HARI GURU: terima kasih....
>> Sunday, May 16, 2010
SELAMAT HARI GURU...kepada semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang telah mendidik saya dari kecil sehinggalah kesaat ini.....bermula guru yang pertama dirumah iaitu ayah dan ibu tersayang, tidak dilupai guru Al-Quran ( Ustazah Maimum,Mek Nong), diikuti guru-guru di SK Banggol peradong, Maahad Darul Quran Rusila, Universiti Al-Azhar, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Batu Rakit serta guru-guru yang tak secara lansung.....Terima Kasih tidak terhingga saya ucapkan diatas tunjuk ajar, bimbingan, pergorbanan yang dicurahkan sehingga menjadikan saya seperti hari ini,...tanpa guru-guru semua siapa lah saya....
Halalkan ilmu yang dicurah kan kepada saya..ampun nilah segala kesalahan. maafkanlah kenakalan anak murid mu ini....mudah-mudah Allah lah yang membalas segala jasaya baik yang dicurahkan..semoga semua guru diberi keberkatan di dunia dan akhirat dan pahala yang sentiasa berpanjangan walaupun jasad dikandung badan...
Buat guru-guru...
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
0 comments:
Post a Comment