YAHUDI LAKNATULLAH....tunggu kebinasaan mu!!!

>> Sunday, November 04, 2007

"Takkan berlaku kiamat selagi mana semua yahudi tidak berkumpul disuatu tempat....lalu umat Islam akan membunuh semua yahudi walaupun ada diantara mereka yang bersembunyi dibelakang pohon ghorko'..lalu pohon tersebut.. memangil Umat Islam..Sesungguh yahudi dibelakangku..datanglah membunuhnya...." Au kama Koolannabiyyu saw.....

Benarlah..apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW ...perkara tersebut akan nyata-nyata berlaku suatu hari nanti...Berdasarkan peta tersebut bermula tahun 1946 sedikit demi sedikit Yahudi laknatullah merampas tanah umat Islam palestin dengan kejamnya, warna hijau beransur-ansur hilang di liputi warna putih sehingga tahun 2000 keseluruhan tanah palestine dirampas....Namun Ummat Islam masih belum sedar...masing-masing mementingkan diri sendiri mengejar kekayaan dan kemewahan hidup dunia yang hanya berumur beberapa tahun sahaja. Bersabarlah umat Palestin..tunggu!!!..janji Allah pasti akan tiba...kita akan menyaksikan bangsa yahudi laknatullah akan binasa diatas dunia ini...Amin ya Rabbal Alamin...

Read more...

Majlis Hari Raya....Alumny MDQ99

>> Saturday, October 27, 2007

17 Oktober 2007/05 Syawal 1428
Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah SWT...kerana dengan izin nya..dapat juga mengadakan Majlis Hari Raya lepasan Rabi' Thanawi 99.... Walaupun kehadiran yang dijangkakan pada awal ramai yang akan datang, namun saat-saat akhir ada yang tak dapat hadir disebabkan masalah masalah yang tidak dapat dielakkan...
Walau bagaimanapun..Alhamdulillah..Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang sanggup hadir terutamanya..sahabat-sahabat dari selangor, pahang ,kemaman, dungun dan juga dari kuala Terengganu...semata-mata untuk bertemu muka, menjayakan majlis yang ulung ulung kali dibuat setelah 7 tahun meninggalkan Darul Quran....Dan..kepada sahabat-sahabat yang tak hadir..jangan lupa, lepas ni..mesti hadir...
Terima kasih juga buat Ustaz Yasin, Mudir Darul Quran yang turut hadir dan juga terutama buat Ustaz Rosli yang sanggup datang dari kelantan...dan juga tak lupa Mak cik-mak cik Masak kantin, Mok Ngah, Mok Cik Yoh, Mok ngah, Kak Tie...Terima kasih banyak-banyak...juga tak lupa Muslimat yang hadir....Ok..Last kali..mintak maaf dari penganjur..jika ada apa apa yang tidak berpuas hati semasa majlis..biasalah..first time....InsyaAllah Lepas ni, kita buat Grand punya..yang penting kesanggupan dari sahabat-sahabat...Akhir..Tahniah buat Ustaz Adnan Seman sebab terpilih menjadi Pengerusi bagi Alumny MDQ99...pastikan lepas ni ada program lagi...

Lepas 7 tahun.....jumpa lagi

Terima kasih semua .....Apa yang gelak sangat tu..sapa buat lawak tu..

Ustaz Rosli dan Ustaz Yassin..Terima kasih...sebab datang
Senyum..Chesss!!!
Makan kenyang-kenyang tu..
Rabi' Thanawi 99 MDQ...

Read more...

RAMADHAN KARIM!!!!! Selamat Menyambut Ramadhan 1428..

>> Wednesday, September 12, 2007


KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

Read more...

AL FATIHAH!!!!...Buat Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Mohd Sulong...

>> Saturday, September 08, 2007


03 september 2007.....

Tiada sesiapa yang dapat menjangka tarikh kematiannya...yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati... Al-fatihah.... buat Allahyarham Ustaz Mohd Sulong....mudah-mudahan Allah meletakkannya dikalangan hambanya yang soleh....
Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana sempat juga bertemu muka dengan ustaz yang dikasihi untuk kali terakhir..Gambar ini diambil semasa melawat di hospital seminggu sebelum kematian beliau..
Kehilangan beliau amat-amat dirasai terutama pelajar-pelajarnya...bukan mudah untuk mencari seorang ustaz yang sangat besar pengorbanannya ...Walaupun beliau ditawarkan berbagai-bagai jawatan kerajaan atau boleh bekerja dengan kerajaan yang memungkinkan beliau hidup senang, kaya raya, akan tetapi beliau sanggup meninggalkan itu semua untuk berjuang di Darul Quran yang penuh dengan kedhoifan hingga ke akhir hayat beliau....Bayangkan seorang ustaz yang sanggup datang mengajar dengan menaiki 3 buah bas dari kampungnya ke Kuala Berang, dari Kuala Berang Ke Kuala Terengganu, dari Kuala Terengganu ke Rusila..semata-mata untuk memberi ilmu pengertahuan kepada muridnya......Terlalu jauh hendak
dibandingkan dengan kita hari ini....
Ustaz, Terima kasih diatas segala ilmu yang dicurahkan...semoga Allah sentiasa mengurniakan pahala dan kebaikan kepada beliau walaupun jasad di kandung tanah....

-AL-FAATIHAH-

Read more...

Negarakuku - Dimana maruah orang Melayu, dimana Maruah Orang Islam..

>> Wednesday, August 22, 2007

Beginilah realiti, bila terlalu bertolak ansur, akhirnya orang melayu menjadi pendatang dalam negara sendiri. Orang- bukan melayu hari ini sudah berani memijak kepala orang melayu..Bertindaklah dan sedarlah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Read more...

NEGARAKUKU- Namewee

Aku cinta negara aku
ada negara baru ada keluarga
ada negara baru ada aku

Berdiri disini
nyanyi dengan engkau
engkau jangan takut
walau aku selalu cakap kasar

Lagu aku sama macam durian
keras dan tajam tetapi
tengok engkau berani buka ke tidak
tengok apa yang ada di dalam
dia boleh dikatakan busuk
juga boleh dikatakan wangi
cuma tengok engkau ada
macam mana punya hidung

Polis kita panggil MATA ( dalam bahasa hokkien)
ini kerana mata mereka sangat tajam
apabila raya meraka akan jadi rajin
pen di tangan tapi jarang bagi saman
ini kerana mereka dahaga
mereka mahu minum teh atau kopi "o"
nak tambah gula ke tidak
kalau tambah gula
mulut mereka akan senyum dengan engkau
Apabila engkau nak pergi
dia akan ucap TATA ( maksudnya bye)

Gejala ini tidak perlu diperbaiki
tidak perlu diperkuatkan kerjasama
antara pihak polis dan rakyat
secawan kopi hubungan boleh kekal

Aku memang suka
sekurang-kurangnya balik rumah tidak akan dapat saman
ayah mesti geram
aku mesti kena marah
tidak ada kereta untuk aku

Macam mana kali ini memang teruk
tidak ada kereta macam mana aku nak keluar main
tidak ada kereta macam mana aku nak buat sex
tidak ada kereta macam mana aku nak tengok ah kua

Negara ini aku memang suka
pukul 5 pagi ada Morning Call ( panggilan Azan ) suruh aku bangun
kadang kadang beberapa nyanyi sama-sama
macam tengah duet lagu cinta
suara tinggi rendah macam tengah nyanyi R&B
walaupun kadang-kala sebahagian mereka pecah suara

Ada juga suara yang macam kokokan ayam
tetapi bagun lagi awal dari ayam
macam ini baru kita tahu masa
besiap ke sekolah dan kerja

Jangan salahkan kerajaan
hanya jaga rakyat tertentu
jangan salahkan kami
tidap dapat jagaan yang adil
macam ini baru boleh menunjukkan
orang cina tidak takut menderita
macam ini baru boleh melatih kita
mencari jalan keluar


Jangan mengatakan standard ini sangat pelik
kerana dengan ini menunjukkan kami sangat teror
anak-anak yang tidak dimanja
baru akan menjadi tabah
ada orang sampai sekarang
masih belum henti minum susu

Pekerja dalam kerajaan lagi teror
apa yang mereka buat boleh slow slow ( perlahan)
walaupun orang yang beratur marah
mood mereka tetap rasa bebas dan seronok
kadang kala kuih pun mereka ambil keluar
dia makan nyona kuih dia
dan engkau sambung beratur
walau engkau nak marah pun tak pe
kerana guard kat tepi pun tengah bermimpi
dia takkan layan engkau

Mereka yang memakai tudung
perlahan -lahan melintas jalan
engkau yang memandu kenalah berhati-hati
asalkan hidup dengan gembira
asalkan hidup dengan selesa

Jangan macam orang cina
tiap-tiap hari sibuk sangat susah
semangat ini mesti kita kena kagumi
kerana ini adalah sikap hidup mereka
sikap-sikap

Aku bercakap baik-baik dalam lagu ini
aku percaya orang yang tak suka aku
mesti sangat suka

Dunia aman baru ada harapan
tidak ada orang cedera
dan tidak ada tak tersusun
engkau suci engkau sopan
najis wangi tak tahu cakap kasar
engkau sangat high class
tiap-tiap hari main romantic
dengar Guang Liang Pin Kuan ( penyanyi kenalan malaysia)
tetapi mereka sudah pergi taiwan

Pelajar sekolah cina
nak masuk local Universiti sangat susah
dalam kes ini kita tidak patut geram
ini cuma satu rancangan yang mulia dari kerajaan
dia nak kami pergi merata-rata tempat cari impian
lepas itu balik negara membalas jasa
rancangan ini memang bagus
memang bagus
diseluruh dunia mesti nampak malaysia punya rakyat
macam melarikan dari bencana memang best
2007 ialah tahun perlancongan malaysia
budaya cina semua mengambil keluar untuk publisiti

Pelajar sekolah cina memang tak dilayan oleh kerajaan
sijil boleh buang ke longkan macam saya
lepas tamat persekolahan terus pergi taiwan
belajar disana sedia balik negara untuk balas jasa
aku berdiri ditepi Taipei bermain gitar
tetapi mulut aku tetap menyanyi

Read more...

Dust is my bed...Renung..renungkan..

>> Sunday, August 12, 2007

Renung-renungkan....
Tiada gunanya lagi..kekayaan yang kita kumpul selama ini...tiada lagi kawan-kawan yang mengembirakan kita selama ini, tiada lagi gelak ketawa anak-anak disekeliling kita selama ini...Apabila ianya tiba...hanya kain putih ...tanah, debu,pasir dan kegelapan membaluti diri kita...renung-renungkan sebelum ianya tiba....

Read more...

Iftor Jamaai'e ...and 27 Anniversary....

>> Friday, July 27, 2007

Sanah Helwa Ya Gamil... Sanah Helwa Ya Gamil....
Semoga Allah.... Panjangkan Umur,Murahkan rezki...
dan Istiqomah dalam perjuangan....
Iftor Jamaai'e..kat Assyakirin Restoren
Kenapa Tengok je tu.. Tak azan lagi ker?
Bismillahhirrahmaanirrahim....
26 Julai 2007: Genap umur 27 tahun...rupa-rupanya dah 27 tahun dah..cepat sungguh masa berlalu...Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberi kesihatan...Alhamdulillah juga, berkebetulan dengan Majlis Iftor Jamaie UXAKN, sempat juga celah masa sikit buat 27 Anniversary...Terima Kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang datang menjayakannya...dan juga yang kasi kek tu..Semoga Allah merahmati kalian semua dan persahabatan kita.

Read more...

Ziarah Muhibbah..Kongsi kesedihan...

>> Saturday, July 07, 2007

Tiada siapa yang menduga dan ingin jadi begini,semuanya adalah kehendak ilahi...Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku...INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJIUN....
Beginilah yang berlaku terhadap Ustaz Mohd Sufian bin Yunus, yang mana rumah kediamanya telah musnah keseluruhanya dalam kebakaran yang berlaku pada hari Selasa 26 Jun 2007 yang lalu.Kerugian dianggarkan berjumlah RM 50,000.00.
Alhamdulliah, UXAKN sempat menziarahi Ustaz Sufian sambil menghulur sedikit bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbangkan bantuan bolehlah berbuat demikian di kampung Tok Jiring, Tepoh.
Tiada apa yang tinggal....
Ziarah Muhibbah.... UXAKN
Mungkin ada hikmah apa yang berlaku...
Sabar..apa yang berlaku...Padang Jarak ..padang terkukur....
Bersama mu....
Kongsi kesedihan...
Ringan sama dijinjing...berat sama dipikul

Read more...

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut..

>> Tuesday, July 03, 2007

P/s...Artikel ini untuk siapa-siapa yang suka mengadap depan komputer terlalu lama..Hati-hati!!!

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai
jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan
komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan
membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi
pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain
yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari
Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku
yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha
danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak
baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja
pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama
lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam
industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan
oleh AFP. DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus
berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca
daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung
kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat
jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria
mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin
boleh berlaku. Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru. Simptom Cepat penat Mengah Sakit dada Denyutan nadi laju Lemah di bahagian kaki Kurang selera makan Batuk Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah
(deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan
mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung

2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan
memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya
membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan
menghentikan pembentukan darah beku yang baru. Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

Read more...

Brainstorming....kat Duta Beach Resort, Merchang

>> Saturday, June 30, 2007

Comelnya.....anak sapa ni....

Tak nampak macam Brainstorming pun...
santai makan keropok adalah...hehehe

UXAKN...aik!!!..mana yang lain lagi??

Tak mandi ker...

Aik!!! main sorang jer...

Tengok apa sungguh sangat tu!!!

Read more...

Esok ibu masak bubur lagi....

>> Wednesday, June 27, 2007

Inilah realiti yang berlaku....
Berikut antara luahan warkah seorang warga kota Kuala Lumpur yang sempat disampaikan kepada anaknya di sebuah sekolah berasrama penuh.

Assalamualaikum...

Kak Long yang dirindui,

Apa khabar anak ayah di sana? Semoga sihat dan bahagia selalu. Di sini, ayah bersama ibu dan adik-adik sihat sahaja.
Cuma semalam, adik usu mengadu sakit perut - berak-berak. Agaknya, perut adik dah tak tahan - bersebu sebab sejak beberapa hari adik asyik makan maggi aje. Itu yang semalam, dan hari ni, ibu masakkan bubur. Kesian tengok adik-adik kat rumah.

Masak bubur sepot beras dapatlah, ayah dan adik-adik makan kenyang sikit dengan kicap cap kipas yang Kak Long suka tu. Itulah, yang mampu ayah sediakan untuk hidangan malam ini dan malam tadi. Ayah tak tahu esok macamana. Mungkin ibu akan masak beras buat bubur lagi. Boleh kot, ayah ambikkan duit tabung adik usu untuk beli telur sebiji dua. Kalau goreng telur hancur dengan bubur, lainlah sikit menu daripada semalam. Harap-harap adik-adik tak akan merungut makan bubur lagi.

Kak Long,
Ayah bukan berniat nak merisaukan Kak Long yang sedang berada di asrama kini. Cuma ayah nak bagitau, kita sekarang dah tak sesenang dulu. Kalau dulu, sebulan sekali boleh kita
keluar untuk selebrate apa-apa event dengan makan di luar. Tapi kini, nak makan lauk ikan atau ayam sebulan sekali pun belum pasti lagi.

Keadaan ekonomi keluarga kita sudah tak seperti dahulu. Hidup kita makin terhimpit along. Ayah tak tahu, sampai bila lagi kita mampu terus hidup di bandar KL ini. Dengan gaji ayah
setelah tolak bersih duit EPF dan hutang syarikat, yang tinggal hanya sekitar RM1,800 sahaja sebulan. Bayangkanlah Kak Long, setiap bulan kereta yang kita gunakan perlu dibayar sebanyak RM550.00, sewa rumah - RM500.00, bil-bil telefon,air dan elektrik - RM250.00, bayaran duit yuran Kak Long, adik-adik dan persekolahan - RM200.00, duit minyak kereta dan tol untuk ayah berulang kerja - RM300.00, semua ini dah mencecah genap RM1,800 (sebulan gaji ayah).

Ini tak ditambah lagi dengan duit untuk sakit pening, balik kampung, belanja dapur dan pasar, simpanan dan keperluan harian lain. Kadang untuk belanja dapur, ayah terpaksa ambik
duit bayar kereta (kita dah tiga bulan duit kereta tertunggak). Pihak bank dah mula hantar surat kata nak tarik kereta. Ada sekali ayah gunakan duit yuran sekolah adik-adik untuk beli sayur dan sedikit ikan, akibatnya dua bulan yuran sekolah adik-adik tertunggak. Bil telefon pula, baru sebulan ayah tak bayar, pihak telekom dah hantar surat amaran nak potong. Memang agak susah hidup kita ini Kak Long.

Semalam, adik sakit perut ayah hanya dapat gosokkan minyak masak kat dapur pada perut adik. Selepas adik merengek sejam lebih, tertidur dia. Nak ke klinik, ayah dah tak tahu nak
cari duit kat mana.Duit-duit simpanan ayah dan ibu (termasuk duit di Tabung Haji) dah diguna masa daftarkan Kak Long masuk asrama dahulu.

Minggu lepas, ayah balik kampung dengan ibu. Jumpa dengan Pak Usu, Pak Uda dan Pak Lang, cuba bawa berbincang nak minta tolong. Tapi hampa. Kata mereka, tinggal kat KL takkan susah. Itulah agaknya, mentaliti orang kampung, dan tak belajar agaknya. Susah nak terima hahikat bahawa bukan semua di bandar ini senang dan mewah seadanya. Agaknya, orang kampung susah dapat berita. Atau orang kampung hanya dapat berita yang indah sahaja kat peti televisyen dan radio. Padahal, dalam dunia masa kini semuanya tidak seperti dahulu lagi. Dahulu kalau Kak Long ingat, duit RM50 boleh isi tangki minyak kereta agak penuh, sekarang hanya separuh aje. Duit tol dah tak sama kak long. Harga ayam setahun dua dulu dah tak sama dengan hari ini. Baru ni, harga barang-barang dapur dah naik. Makin susah. Adik Usu yang boleh makan roti canai setiap minggu dulu dah jarang dan susah nak makan (dulu RM0.50 - kini RM0.80).

Itulah, dilema ayah dan ibu kini Kak Long. Jika keadaan masih tak berubah, mungkin ayah lepas ni akan berpindah balik kampung. Rumah atuk, masih kosong. Cuma sayanglah, adik
ngah yang akan periksa UPSR tahun ni akan terjejaslah pelajaran dia sebab kena pindah sekolah. Adik usu yang mula nak kenal belajar Bahasa Inggeris, akan kelam kabutlah sebab guru kesayangan Bahasa Inggeris dia bertukar rupa. Makin susahlah adik Usu nak kuasai Inggeris. Dahlah, subjek Matematik dan Sains dalam periksa pertengahan tahun tempohari dia hanya dapat 'C'. Lepas ni tak tahulah pula apa nak berlaku.

Oh ya, Kak Long mungkin tertanya-tanya apa dah jadi dengan projek jual nasi lemak dan kerepek kat pejabat ayah dulu? Ayah dan ibu dah sepakat untuk menghentikan jualan-jualan
tersebut.

Pertama; setiap malam ayah dan ibu bersengkang mata sehingga jam 1 pagi untuk siapkan bahan-bahan untuk berjual nasi lemak dan esoknya terpaksa pula bangun jam 4 pagi -
akibatnya Kak Long, ibu sering sakit-sakit, kesihatan ibu terjejas.

Kedua; bukan ayah nak mengata, tapi realitinya dalam dunia berniaga begitulah. Kadang-kadang ada yang membeli dengan berhutang. Dan bila berhutang tak ada pula yang
membayar.Ada pula yang ambil begitu aje tanpa bagitahu, akibatnya modal hilang, dan ayah serta ibu terpaksa keluarkan modal baru setiap kali nak berjual. BUkan ayah nak menuduh
semua, tetapi akibat setitik nila habis rosak susu sebelanga.
Ketiga; kenaikan harga barang mentah dah tak dapat nak ayah dan ibu untuk menampungnya. Maklumlah, bukan berniaga secara besar, hanya kecil-kecilan. Itu yang agak susah.
Maka, disebabkan itulah ayah dan ibu ambil keputusan untuk hentikan jualan kecil-kecilan itu.

Kak Long,
Ayah harap Kak Long rajin-rajinlah belajar. Berusahalah menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam agama. Berusahalah, jangan sia-siakan peluang yang Kak Long dapat untuk belajar di sekolah asrama tu. Ayah harap Kak Long akan berjaya. Berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cuma dalam mengejar cita-cita Kak Long, ayah berharap Kak Long beringatlah. Kita kini
bukan orang senang. Hidup dah tak macam dulu. Kalau Kak Long boleh berjimat, berjimatlah sehabis baik.

Ayah tahu, yuran asrama Kak Long tertunggak dua bulan. Bersabarlah. Bagitau pada cikgu, ayah akan jelaskan. Cuma bukan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, ayah akan cuba sedaya upaya untuk jelaskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun ini.

Cuma selepas ini, ayah tak pasti berapa kerap lagi ayah akan mampu menulis. Bukan apa, kadang memikir, duit pos (setem Rm0.40) boleh ayah gunakan belikan dua biji telur untuk
adik-adik makan tengahari bila mereka balik sekolah.
Jadi, janganlah Kak Long bersedih ok. Tabahkan hati. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah, cekal dan sentiasa berusaha yang terbaik.

Dan akhir sekali, maafkan ayah kerana membebani Kak Long dengan segala kisah yang berlaku ini. Bukan apa, sebagai anak ayah yang sulung ayah rasa Kak Long berhak tahu dan wajar
memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarga ini.

Sekian, ibu dan adik-adik menyampaikan salam rindu pada Kak Long.

Wassalam.
15 Jun 2007 - 11.45 malam


Read more...

Kewajipan Mengundi Mengikut Syara'

>> Thursday, June 07, 2007



Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :
“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta'ala, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:
“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup
Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

Oleh: Ustaz Harun Taib

Read more...

Haid!!! Hukum duduk dalam masjid, satu penjelasan...

>> Wednesday, March 21, 2007

Persoalan ini kerapkali ditimbulkan oleh muslimat terutamanya apabila diadakan program atau aktiviti di masjid seperti kuliah, ceramah, tamrin, usrah dan sebagainya yang melibatkan mereka. Persoalan ini memerlukan jawapan yang jelas supaya tidak timbul sebarang kesamaran mengenainya.

Bagi menyelesaikan persoalan ini, saya kemukakan pandangan beberapa orang ulama’ beserta hujjah-hujjah mereka.

Terdapat pandangan yang berbeza mengenai hukum perempuan haid duduk atau berhenti di dalam masjid. Ada yang mengatakan hukumnya haram dan ada yang mengatakan harus.

Pendapat yang mengatakan hukumnya haram.

Pertama:
الشيخ محمد أرشد بن عبد الله البخارى di dalam kitabnya سبيل المهتدين للتفقه فى أمر الدين
Mengatakan:
“Bermula haram sebab haid dan nifas barang yang haram sebab janabah daripada sembahyang, tawaf dan sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah Jumaat dan menyentuh mashaf dan berhenti di dalam masjid dan membaca al-Quran dan dengan qasad al-Quran.

Adapun lalu sahaja di dalam masjid jika takut bertitik darah haid, maka hukumnya haram kerana memelihara kesucian masjid daripada terkena najis, tetapi jika sekiranya tidak takut menitik darah haid, maka tiada haram cuma hukum makruh sahaja. (hal. 136)

Mengenai orang yang berjunub:
Syahadan bahawa haram atas orang yang berjunub yang Islam lagi baligh berhenti dalam masjid atau berjalan berulang di dalamnya, jikalau pada serambinya sekalipun, melainkan kerana dharurat seperti ada ia dalam masjid maka ihtilam (bermimpi) pada malam itu, jika takut ia akan kebinasaan harta atau dirinya, maka harus dia berhenti di dalamnya. (hal. 79)

Kedua:
الشيخ العلامة زين الدين بن عبد العزيز الملبارى di dalam kitabnya فتح المعين
Meriwayatkan diharamkan ke atas perempuan haid apa yang diharamkan ke atas orang yang berjunub.

Ketiga:
الشيخ محمد الشربينى الخطيب di dalam kitab الإقناع فى حل الألفاظ أبى شجاع
Mengatakan diharamkan ke atas perempuan haid memasuki masjid, duduk atau berulang alik di dalamnya berdasarkan firman Allah s.w.t:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا..} (النساء:آية 43)

Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang (mengerjakannya), sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (menghampiri masjid), sedang kamu dalam keadaan junub, berhadas besar kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci”.

Dan Hadis Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ". (رواه أبو داود عن عائشة رضى الله عنها)
Maksudnya:
“Tidak aku halalkan (duduk) di dalam masjid bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.

Keempat:
محمد اسماعيل داود فطانى di dalam kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين
Menyatakan: “ Bermula haram dengan sebab haid dan nifas itu dengan barang yang diharamkan atas orang yang junub sekaliannya (dan) ditambahkan pula haram lalu di dalam masjid jika takut titik darahnya. (Maka jika) tiada takut maka makruh jua. (hal. 27)

Kelima:
الإمام زكريا يحى محى الدين بن شرف النووى di dalam kitab المجموع شرح المهذب للشيرازى، الجزء الثانى
Menyatakan, pengarang kitab ini berkata haram duduk perempuan haid di dalam masjid berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِجُنُبٍ وَلَا حَائِضٍ".
Maksudnya:
“Tidak aku halalkan masjid (duduk di dalam masjid) bagi orang yang berjunub dan perempuan haid”.

Adapun melintas sahaja di dalamnya dengan yakin tidak menitis darah haid, maka harus hukumnya, disebabkan ia memakai pakaian yang mencegah daripada darah menitis (seperti cawat, tuala wanita dan sebagainya) kerana yang dilarang duduk ialah orang yang berhadas besar, maka tidaklah dilarang sebagaimana larangan ke atas orang yang berjunub. Kata Imam Syafie: “Adapun lalu perempuan haid tanpa berhenti duduk di dalam masjid hukumnya adalah makruh”.

Berkata guru kami, “Jika perempuan haid takut mengotori masjid, kerana ketiadaan pakaian cawat yang kalis titisan darah atau limpahan darah yang boleh menitik maka haram melintas di dalam masjid tanpa khilaf lagi”. (hal. 288 – 289)

Keenam:
الدكتور عبد الكريم زيدان di dalam kitab المفصل فى أحكام المرأة والبيت المسلم فى الشريعة الإسلامية، الجزء الأول
Fasal 298 – Hukum perempuan haid masuk ke dalam masjid dan berhenti duduk di dalamnya.

Tidak harus perempuan haid duduk di dalam masjid. Diharuskan baginya masuk dan lalu di dalamnya kerana ada sesuatu hajat, umpamanya untuk mengambil sesuatu atau menjadi laluannya. Dalilnya ialah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada isteri baginda Aisyah r.a:
" نَاوِلِينِي الْخُمْرَةَ مِنْ الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ إِنِّي حَائِضٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ ". (أخرجه أبو داود) (حسن صحيح)

Maksudnya:
“Unjukkan aku tikar sembahyang (sejadah) daripada masjid. Kataku bahawasanya aku dalam keadaan haid. Sabda Rasulullah s.a.w: bahawa haidmu tiada pada tanganmu”.

Di dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ".
Maksudnya:
“Tidak aku halalkan duduk duduk dalam masjid bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.

Sementara di dalam hadis yang dikeluarkan oleh Ibnu Majah, Nabi s.a.w bersabda:
"وأن المسجد لا يحل لحائض ولا جنب".
Maksudnya:
“Sesunggunya masjid itu tidak halal (duduk di dalam masjid) bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.

Berkata al-Faqih al-Shaukani bahawa kedua-dua hadis tersebut menunjukkan tidak boleh duduk bagi orang yang berjunub dan perempuan haid. Inilah pendapat di kalangan kebanyakan ulama’. (hal. 168-169)

Ketujuh:
الإمام أبو الفداء اسماعيل ابن كثير القرشى الدمشقى di dalam kitab تفسير ابن كثير di dalam mentafsirkan ayat:
{وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا..} قال: لا تدخلوا المسجد وأنتم جنب إلا عابرى سبيل قال تمر به مرا ولا تجلس.
Maksudnya:
“Janganlah pula (menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub berhadas besar, kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci”. Dia berkata jangan kamu masuk ke dalam masjid , sedangkan kamu dalam keadaan berjunub, kecuali untuk lalu sahaja, bukan duduk di dalamnya.

Sebab turun ayat ini ialah berkenaan dengan orang-orang lelaki dari golongan Ansar yang berjunub, tidak ada air di rumah mereka untuk mandi, sedangkan pintu rumah mereka menghala ke dalam masjid dan untuk mendapatkan air kena lalu di dalam masjid, maka turun ayat ini.

Para Imam Mujtahid berhujjah dengan ayat ini, bahawa haram bagi mereka yang berjunub duduk di dalam masjid. Sementara lalu di dalamnya hukumnya harus. Begitu juga hukumnya bagi perempuan haid dan nifas. (hal. 502)

Kedelapan:
Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, Juzuk 5.

Menyatakan: Bagi perempuan ditambah lagi, iaitu sedang berhaid atau sedang mengeluarkan darah kotor sehabis beranak (nifas), waktu itu namanya diri sedang berhadas besar, sedang kotor. Barulah suci sesudah mandi, yang dinamai mandi junub atau mandi wajib, belum boleh sembahyang atau mendekati tempat sembahyang iaitu masjid pun jangan, kecuali orang-orang yang melintasi jalan di dalam masjid, iaitu terpaksa melintasi masjid atau menyeberanginya, kerana dengan menyeberangi dalam masjid itu akan cepat sampai ke tempat yang ditujui di luar masjid. Dengan demikian dijagalah kebersihan dan kesucian masjid. Hanya boleh menyeberang dan tidak boleh tetap di dalamnya misalnya buat i’tikaf. (hal. 1229)

Kesembilan:
بحر المازى شرح باكى مختصر صحيح الترمذى:
1) باب الحائض تتناول من المسجد.
Dari al-Qasim bin Muhammad, katanya: berkata Aisyah r.a:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "نَاوِلِينِي الْخُمْرَةَ مِنْ الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ إِنِّي حَائِضٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ." (حسن صحيح)
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku “Unjukkan aku tikar sembahyang (sejadah) daripada masjid. Kataku bahawasanya aku dalam keadaan haid. Sabda Rasulullah s.a.w: bahawa haidmu tiada pada tanganmu”.

Nabi s.a.w. sedang beri’tikaf di dalam masjid meminta Siti Aisyah r.aunjuk tikar daun tamar, lapik sembahyang, Siti Aisyah r.a kata ia dalam keadaan haid dan tahu haram masuk masjid, maka bagaimana hendak unjuk tikar kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa haidmu itu bukannya pada tanganmu, maka apa salahnya engkau mengunjukkan dari luar masjid dan Rasulullah s.a.w di dalamnyabahkan jangan dengan badan kamu masuk masjid maka tiadalah berdosa kamu.

2) باب جاء فى خروج النساء فى العيدين.
عن أم عطية أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يخرج الابكار والعواتق وذوات الخدور والحيض فى العيدين. فأما الحيض فيعتزلن المصلى ويشهدن دعوة المسلمين. قالت إحداهن: يا رسول الله إن لم يكن لها جلباب قال فلتعرها أختها من جلابيها. (حسن صحيح)
Maksudnya:
Daripada Ummu ‘Athiah bahawa Rasulullah s..a.w adalah ia mengeluarkan gadis-gadis dan perempuan muda dan semua yang ditabirkan dan perempuan-perempuan haid pada dua hari Raya, maka adapun perempuan-perempuan haid, maka jauh mereka akan tempat sembahyang dan hadir sekalian akan seruan mukmin. Kata seorang daripada mereka, “wahai Rasulullah s.a.w. jika tidak ada bagi mereka kain tudung (jilbab)”. Sabdanya: “Berilah pinjam akan dia oleh saudaranya daripada kami tudungnya (jilbabnya)”.

Pendapat kedua yang mengharuskan perempuan haid duduk berhenti di dalam masjid ialah pendapat daripada sebahagian ulama’, di antara mereka ialah داود الظاهرىdanالمزنى . Mereka berhujjah dengan mengatakan mereka yang melarang perempuan haid duduk atau berhenti di dalam masjid tidak mempunyai hujjah yang sah.
(Lihat, الدكتور عبد الكريم زيدان، المفصل فى أحكام المرأة والبيت المسلم فى الشريعة الإسلامية، الجزء الأول
Halaman 168-169)
Ulasan:

Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum perempuan haid yang masuk ke dalam masjid dan duduk di dalamnya. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan harus.
Pendapat yang mengatakan haram lebih ramai dan lebih kuat hujjah mereka berbanding dengan pendapat yang mengatakan harus.
Pendapat yang mengatakan haram beralasan kerana perempuan haid adalah berhadas besar seperti juga orang yang berjunub. Sedangkan orang yang berjunub jelas dilarang duduk atau berhenti di dalam masjid. Al-Quran dan al-Hadis jelas melarangnya.
Perempuan haid hanya boleh melintasi, menyeberang dan melalui dalam masjid dengan syarat ia yakin dan pasti darah haidnya tidak menitis dengan memakai cawat atau pakaian yang kalis daripada menitis atau melimpah darah haid.
Perempuan haid hanya boleh duduk atau berhenti di dalam masjid dalam keadaan dharurah dan terpaksa. Seperti menjaga keselamatan dirinya dan harta bendanya daripada bahaya. Apakah duduk di dalam masjid menyertai program dan aktiviti itu dharurat dan terpaksa?
Kebersihan dan kesucian hendaklah dijaga, samada dari segi zahirnya mahupun batinnya.
Jika sekiranya seseorang perempuan sedang beriktikaf di dalam masjid, tiba-tiba dia datang haid, maka dia hendaklah keluar dan meninggalkan masjid. Jika dikiaskan dengan ibadat lain sama juga hukumnya.

Kesimpulan:
Daripada pendapat yang diutarakan, penulis lebih cenderung dan bersetuju dengan pendapat ulama’ yang mengharamkan perempuan haid berhenti dan duduk di dalam masjid, memandangkan hujjah mereka jelas dan kuat berdasarkan al-Quran dan al-Hadis jika dibandingkan dengan pendapat yang mengharuskannya. Adapun menyertai program atau aktiviti tidak semestinya boleh dilakukan dengan duduk di dalam masjid dan tidaklah ianya sampai ke tahap dharurat atau terpaksa kerana boleh dilakukan cara lain sesuai dengan kemudahan-kemudahan lain seperti duduk di dalam dewan, markas, khemah dan dengan menggunakan skrin layar, tv litar dan lain-lain kemudahan IT berdasarkan kaedah fikah:
"درء المفاسد مقدم على جلب المصالح"
Maksudnya:
“Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan”.

Sekian, wallahu a’lamu bissowab.

Disediakan oleh:
Al-Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah.

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code