Ya Allah!!! Jika benar ini dikatakan pengundi hantu..Turunkanlah bala ke atas mereka!!!
>> Monday, March 03, 2008
YA ALLAH!!!..
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MENGERTAHUI SEGALANYA..SEKIRANYA INILAH YANG DIKATAKAN PENGUNDI HANTU ATAU PENIPUAN UMNO, MAKA TUNJUKKANLAH KEKUASAAN MU, BERILAH HIDAYAH KEPADA MEREKA DAN TURUNKANLAH BALA KEATAS PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA KEPALA-KEPALA PENIPU MEREKA......sesungguhnya kami yang kerdil ini tidak mampu untuk menahannya...kepada mu kami berserah segala-galanya..YA!!!! RABBBBBB!!!!!....
Berita harian 03/03/08
Oleh LC Fang
15,000 RAKYAT KELANTAN DAFTAR BN BALIK MENGUNDI
Jumlah dijangka meningkat 80,000 menjelang pilihan raya: Awang Adek
KOTA BHARU: Lebih 15,000 perantau terdiri rakyat Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang sudah mendaftar dengan Barisan Nasional (BN) untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi di Kelantan.
Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata jumlah itu dijangka meningkat kepada 80,000 orang menjelang hari mengundi pada Sabtu ini.
Katanya, anak Kelantan yang bekerja di luar negeri ini dilihat bersemangat untuk pulang dalam usaha menentukan nasib masa depan negeri ini.
"Sekiranya BN berjaya memerintah semula negeri ini, perantau ini boleh kembali ke kampung halaman untuk bekerja dan menetap di negeri sendiri kerana pelbagai kemajuan akan dibawa kerajaan BN nanti.
"Setakat ini, kira-kira 15,000 perantau sudah mendaftar dengan kita (BN) untuk pulang mengundi, itu hanya di Lembah Klang. Kalau dicampurkan semua sekali yang ada di negeri lain, dijangka jumlahnya mencecah 80,000 akan pulang nanti," katanya di sini, semalam.
Dr Awang Adek berkata, mungkin selepas BN membentuk Kelantan Baru, Kelantan Maju, mereka boleh bekerja di sini kerana banyak peluang kerja akan diwujudkan.

Beliau turut menegaskan bahawa nasib kaum bukan Melayu akan terbela menerusi pelbagai perancangan, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar.
Katanya, sekiranya beliau menjadi Menteri Besar, segala permintaan yang dikemukakan oleh MCA dan Gerakan menerusi memorandum akan ditunaikan.
"Saya sudah berjanji dalam manifesto bahawa saya akan segera menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Besar bagi membincangkan semua masalah bukan Melayu," katanya.

0 comments:
Post a Comment