Himpunan Mansuhkan ISA kecoh dengan Demonstrasi mansuhkan BABI..

>> Tuesday, December 30, 2008

Malam ini saya berkebetulan menghadiri Ceramah Perlancaran Himpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Mac 2009 di Stadium Bandar Baru Bangi. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang dan sepatutnya juga dihadiri oleh Dato' Seri Anuar Ibrahim, Dato Khalid menteri besar Selangor, namun mereka tidak dapat hadir. Ceramah yang hanya dibenarkan diadakan dalam keadaan tertutup itu turut dihadiri Mohd sabu, YB Solahuddin dan beberapa pimpinan PAS lain, Keadilan, DAP, NGO dan Wakil isteri tahanan ISA.

Apa yang saya nak paparkan disini, berlaku sedikit kekecohan kerana terdapat segerombolan puak-puak pengkhianat UMNO berdemontrasi secara haram yang lengkap berseragam dan bersepanduk untuk menyerbu masuk ketempat ceramah bagi membuat kacau dan menyerahkan memorandom apa entah...akan tetapi sempat pasukan Polis Merah PAS dan polis serta FRU yang menghalang. Dan seorang dari mereka sempat ditangkap polis kerana menyamar untuk masuk ketempat ceramah dengan membawa kayu pemukul yang disorok dibelakang. Beberapa keping gambar sempat saya rakam untuk tatapan..
Polis Merah PAS bersiap sedia dengan benteng pertahanan

Gerakan Mansuhkan BABI sedang berdemontrasi

FRU sendang menenangkan keadaan

Gerakan Mansuhkan BABI...satu penghinaan

Sedang bersurai selepas menghantar memorandom

Kecian anak muda..berapa senlah dibayar...

Terpaksa buat di dalam walaupun keadaan panas..

Read more...

1429..Jadikan muhasabah dan pedoman buat 1430....

>> Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430
Hari ini tanggal 1 Muharram 1430, bermakna 1429 baru jer berlabuh petang tadi...Semua ummat Islam menyambutnya dengan azam baru dan semangat baru...namun ada juga yang tidak memperdulikannya.....Alhamdulillah berkebetulan 1 muharram kali ini saya berada diselangor...Disini sambutannya amat terasa sekali kerana masjid dan surau -surau kat sebelah rumah dipenuhi oleh orang ramai semenjak sebelum maghrib lagi..masing-masing berkumpul mengadakan majlis untuk sama-sama baca doa akhir tahun dan awal tahun...Seingat saya, rasanya kat Terengganu tidak adalah sampai macam ni kut..kalau ada pun ceramah atau kuliah Maal Hijrah dimalamnya...tak tahulah kalau ada...mungkin saya terlepas pandang kut...

Apa yang hendak saya perkatakan disini mengenai hadis doa dan kelebihan orang yang membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Berkebetulan banyak juga sms diterima mengucapkan selamat Maal Hijrah dan memperingatkan supaya jangan lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun, maka mari terfikir di juga petang tadi, betul ker hadis nabi? sedangkan penetapan tahun hijrah dibuat oleh Syaidina Umar dizaman pemerintahanya, masa tu nabi dah wafat dah..macam mana boleh jadi hadis ...Jadi, cuba-cuba search dalam internet tentang hadis tersebut lalu terjumpa artikel dalam web Darul Fuqoha oleh Ustaz Khairuddin Aman at-takkiri yang membincang perkara tersebut. Mudah-mudahan artikal ini jadi sempadan buat kita. Apa-apa pun, bagi saya tidak salah untuk kita berdoa kepada Allah cuma jangan disandarkan ia sebagai hadis dari nabi SAW. Waallahu taala A'la Waa'lam.

Oklah..Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, saya ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1430 buat sahabat-sahabat yang menjenguk blog ini.. Mudah-mudahan semangat hijrah yang dilakukan oleh nabi dan para sahabat mengalir dalam diri kita...tekadkan semangat, ikhlaskan diri, jadikan 1429 sebagai sempadan dan muhasabah untuk kita melangkah 1430 dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.

KULLU AM WAENTUM BIKHAIR!!!.

Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun
Oleh al-ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Laman web
http://www.islam.gov.my/program/doa.html mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun bermaksud: sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:

اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Ulasan :
Hadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat?

Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan.
Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)

Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:
مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن
Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim)

Read more...

Jambori WAJA Kuala Nerus

>> Sunday, December 21, 2008

18-20 Disember 2008- Taman Rekriasi Merang, Terengganu. WAJA Kuala Nerus telah mengadakan Jambori selama 3 hari 2 malam bagi ahli-ahli WAJA Kawasan Kuala Nerus yang berumur 12 -18 tahun. Jambori yang berlansung selama 3 hari itu dirasmikan oleh Ketua Pemuda Kawasan dan ditutup oleh Naib YDP Kawasan. Alhamdulillah sempat juga bersama sahabat-sahabat urusetia bagi menjayakan program tersebut. Disini diabadikan beberapa kenangan yang sempat diambil semasa program buat tatapan.
Peserta sedang mendegar ucapan perasmian
Kesian..diraging oleh fasi..
Pakai bedak sejuk..
Robot bawak lilin..
Tarik kuat-kuat!!!
BBQ di pagi hari..
Kecian... sedang berBBQ hujan turun
Majlis penutup

Read more...

Salam Aidiladha 1429..buat semua

>> Monday, December 08, 2008

SALAM AIDILADHA 1429
Selamat menunaikan ibadah korban dan selamat menunaikan ibadah haji.
Buat semua Ummat Islam diseluruh dunia.....
Mudah-mudahan Allah menerima ibadah korban kita dan mengurniakan Haji yang Mabrur buat ummat Islam yang menunaikan Haji di Makkah
al-Mukarramah.
KULLU AM WAENTUM BIKHAIR!!!!
AIDILADHA adalah bulan penuh berkat yang dinanti kerana dalamnya bergabung dua ibadat agung iaitu ibadat haji dan korban yang dimulakan sejak zaman Nabi Allah Ibrahim lagi. Kedua-dua ibadat itu mengimbau sejarah agung yang memaparkan ketaatan dan kesabaran bapa dan anak Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail mentaati perintah Allah. Contoh ketakwaan Ibrahim yang hebat kepada Allah melebihi batas kasih sayang kepada insan, hatta anak sendiri yang paling dirindui dan dikasihinya.
Ibadat korban yang dituntut Islam berbeza dengan konsep berkorban penganut agama lain. Korban dalam Islam bukan memohon perlindungan daripada mala-petaka atau amalan tolak bala. Sebaliknya ibadat korban adalah ibadat ikhlas sebagai lambang pengorbanan hamba kepada Allah. Korban berasal daripada perkataan ‘qoruba’ yang bermakna dekat. Korban adalah ibadat dalam bentuk pendidikan dan mendekatkan diri kepada Allah menjadi manifestasi rasa syukur kepada Allah atas segala nikmatnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat dan berkorbanlah.” - (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.” - (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat sudah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang direzekikan Allah kepada mereka.” - (Surah al-Hajj, ayat 34)
Tujuan korban adalah semata-mata mengagungkan syariat Allah dan merebut peluang mencapai ketakwaan di sisi-Nya. Setiap muslim, sangat dituntut (sunat muakkad) melakukan ibadat korban memadai menyembelih seekor kambing bagi dirinya dan keluarga. Bahkan, bagi golongan kaya, Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘wajib’ bagi mereka melakukan ibadat korban.
Jika mampu secara fizikal, maka disunatkan kita menyembelih sendiri binatang korban itu. Jika tidak mampu disebabkan uzur atau lainnya, hendaklah kita menyaksikan binatang korban ketika disembelih. Melihat darah pertama yang mengalir daripada binatang korban bermakna kita mendapat keampunan. Rasulullah SAW pernah memerintahkan Fatimah supaya melihat binatang korbannya ketika disembelih. Sabda Baginda yang bermaksud: “Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu. Lalu Fatimah bertanya: Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? Rasulullah SAW menjawab: Bahkan untuk kita dan semua orang Islam.” - (Hadis riwayat al-Hakim)
Justeru, ibadat korban sangat dituntut kerana manfaatnya kepada orang yang berkorban. Bagi yang masih hidup, ia lebih baik daripada bersedekah dengan harga binatang korban itu. Sesungguhnya mengharapkan keampunan dosa adalah inti pati semua ibadat dalam Islam. Hukum korban dibahagi kepada dua iaitu sunat muakkad (bagi yang mampu) dan wajib kepada yang bernazar. Jika melakukan korban sunat, sunat bagi yang berkorban memakan sebahagian daging korban dan sebahagian lagi dihadiahkan atau disedekahkan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan fakir miskin. Imam Syafei dalam pendapat awalnya (qawl jaded) menyatakan sebaik-baiknya satu pertiga dimakan dan yang lainnya dihadiahkan kepada sahabat, jiran tetangganya dan fakir miskin. Tetapi pendapat paling sahih dan jelas ialah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun hanya seorang. Lebih afdal, disedekahkan kesemuanya kecuali memakan beberapa suap untuk mengambil berkat. Mengikut pendapat jumhur ulama, Hanafi, Maliki dan Hambali, korban sunat, harus dimakan sebahagiannya, tetapi jika ia korban wajib (nazar) haramlah dimakan dagingnya oleh yang berkorban.
Begitu juga binatang korban yang dikongsi tujuh orang jika salah seorang berniat untuk qada korban yang lepas maka dagingnya juga haram dimakan dan wajib disedekahkan kesemuanya. Selain daripada keampunan dosa, ibadat korban membuka ruang dan peluang meningkatkan sikap peka serta prihatin terhadap kebajikan sesama insan, terutama golongan fakir dan miskin. Ramai menganggap daging korban mesti diberikan kepada orang miskin saja dan mempertikai ada orang kaya yang dapat agihan daging korban. Orang kaya juga diharuskan dihadiahkan daging korban bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim.
Rasulullah SAW sentiasa menghadiahkan sahabat Khadijah (kebanyakannya wanita kaya), setiap kali Baginda mengadakan korban sekalipun isterinya sudah wafat. Ibadat korban mempunyai hikmah tersendiri. Ia bukan semata-mata ibadat untuk memberi makan kepada orang miskin, ia ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menumpahkan darah (binatang) seperti kata pengarang 'Mughni al-Muhtaj’. Mengikut pandangan Profesor Tafsir Universiti al-Azhar, Prof Dr Syed Fathullah Sa'id, hikmah ibadat korban ialah untuk menegakkan syiar agama berasaskan kepada pengorbanan.
Agama ditegakkan dengan pengorbanan. Menumpahkan darah binatang simbolik kepada pengorbanan dilakukan. Ulasan ahli fiqh mengenai perkara ini adalah jelas, berdasarkan semangat ini daging korban bukan disedekahkan kepada si kaya, tetapi dihadiahkan. Moga dengan hadiah itu semangat korban menjalar dalam hidup si kaya hingga mendorong mereka berkorban demi manfaat umat Islam.

Read more...

Liqo' Siswazah Mesir 2008

>> Sunday, December 07, 2008

06 Disember 2008 bersamaan 8 Zulhijjah 1429- Alhamdulillah sempat juga menghadiri seketika dan timbul tengelam Liqo' Siswazah Mesir yang di adakan di Maahad Tahfiz Tok Jiring semalam, walaupun tidak sempat mengikuti liqo' keseluruhan hingga keakhirnya dan juga tidak dapat menolong sahabat bagi menyiapkan makanan ahli peserta. Mintak maaf banyak banyak ya, tak disangka berkebetulan 'tok' tidak begitu sihat dan terpaksa dihantar ke klinik di samping temujanji dengan muslimat bagi menyiapkan bancian kaji selidik dari universiti menyebabkan komitmen kepada majlis hanya separuh jalan dan timbul tengelam jer. Namun, sempat juga sampai ke sesi pemilihan ahli jawatankuasa baru ILMAM cawangan Terengganu bagi sesi 2009/2010. Mabruk buat sahabat jawatankuasa baru. Mudah-mudahan ahli jawatankuasa baru ini dapat memantapkan lagi perjalanan ILMAM agar objektif yang digarapkan dapat diilmamkan dengan jayanya.
Sebahagian AJK ASMAT 08

Memandangkan telah bertambahnya siswazah/ graduan yang telah menamatkan pengajian dibumi kinanah yang sekarang ini sedang menjalankan kehidupan masing-masing yang bertebaran diseluruh negeri, maka diadakan suatu oraganisasi khusus yang mantap dan berpusat bagi meghimpunkan serta mengerakkan seluruh graduan lepasan Al-Azhar dan Mesir bagi melaksanakan gerak kerja Islam dengan lebih tersusun, Maka ditubuhkan ILMAM( Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ) yang berpusat di Tingkat 03, Bangunan Akademi ar-Rashidin, Kuantan Pahang. Dan disusuli cawangan ILMAM di negeri-negeri.

YDP ASMAT 08

Bagi Alumni lepasan mahasiswa Terengganu Mesir, sebenarnyanya telah lama ditubuhkan dengan berbagai-bagai nama dan sudah bergerak dengan sekadar termampu dengan nama yang terakhir ASMAT sehinggalah disatukan dengan satu nama mengikut pusat dalam majlis semalam serta dipilih secara rasmi ahlijawatankuasa bagi mengerakkan ILMAM cawangan Terengganu. Liqo' yang diadakan jam 10pagi hingga ke 5 petang semalam dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Harun Taib dan ditutup oleh Dato Abu Bakar Chik. Disamping perlantikan ahlijawatankuasa baru, sedikit perbentangan, muhasabhah bagi perjalanan gerak kerja ASMAT yang lalu disamping soal jawab serta cadangan bagi memantapkan ILMAM cawangan Terengganu bagi masa hadapan.

Sebahagian ahli Muslimin

Mudah-mudahan didoakan agar ILMAM cawangan Terengganu berjalan dengan baik dan jayanya mengikut objektif yang digarapkan bagi menjadikan Islam dimertabatkan di Terengganu, Malaysia dan dunia amnya.

Sebahagian ahli Muslimat

Read more...

Antara Ulama' akhirat dan Ulama' pengampu...renung-renungkan..

>> Monday, December 01, 2008



Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim.

Apa yang Allah Taala kata?“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” - Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.

Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; “..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata, “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

Read more...

Web Counters
Old Navy Promotion Code