Tajuk Buku : Komunikasi Bahasa Arab Praktis Untuk Guru dan Penuntut
Pengarang : Ustaz Haji Tuan Harun Tuan Cob Al-Farmaisyuri
Ustaz Haji Nik Anwar Zakaria al Basuty
Penerbit : One Touch Creative Sdn. Bhd.
" Setelah membaca dan menghayati kandungan buku ini, maka saya dapati amat sesuai dijadikan bahan rujukan serta panduan kepada pelajar-pelajar sekolah ( kelas Aliran Arab atau j-QAF) , guru-guru Pendidikan Islam , para jemaah haji atau sesiapa sahaja atau sesiapa sahaja yang mahu mempelajari pertuturan bahasa arab harian dengan betul"
( Ustaz Abdullah Abdul Rahman, Penolong Pegawai Pelajaran, Pengurusan Pendidikan Islam, PPD Kuala Terengganu)
" Terus terang saya katakan, apabila menatap buku ini buat kali pertama, hati saya sudah tertarik dengan pengisian yang terkandung di dalam buku ini, setelah ditatapi dari kulit ke kulit secara sepintas lalu, saya dapat banyak manaafaat dan faedah boleh ditimba dari buku ini"
( Ustaz Mohd Allnurulhuda Ghazali, Ketua jurulatih Utama j-QAF Terengganu )
" Penulis telah meletakkan contoh praktikal dalam bahasa arab dan terjemahanya dalam bahasa melayu sehingga menjadi mudah ke aats lidah pelajar, jelas pada minda mereka, memenuhi keperluan mereka"
( Ustaz Khai Al-Lutfi Haji Abdul Manan, Jurulatih utama Bahasa Arab j-QAF Terengganu )
Sebagaimana diketahui Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting terutamanya bagi ummat Islam. Disamping ia merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa ahli-ahli syurga, ia juga bahasa yang penting untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama. Suatu perkembangan yang mengkagumkan pada hari ini, bahasa arab makin digemari oleh para ilmuan atau masyarakat seluruh dunia terutamnya dinegara umat islam ia menjadi bahasa pilihan yang ketiga selepas bahasa tempatan dan bahasa inggeris.
Tidak kurang hebatnya dimalaysia hari ini, dengan adanya program j-QAF yang diilhamkan oleh matan pendana menteri lepas, disamping usaha-usaha lain yang dibuat oleh badan-badan tertentu menjadikan bahasa arab diminati ramai dan berkembang dengan baiknya. Pelbagai buku-buku bahasa arab dan kamus-kamus tumbuh bagaikan cendawan berada dipasaran bagi memudahkan orang ramai menguasai bahasa arab.
Dengan munculnya buku ini, ia mejadi salah satu sumbangan pengarang dalam meningkatkan dan memudahkan para masyarakat malaysia terutamanya pendidik, pelajar dan juga pencinta-pencinta bahasa arab untuk mengaplikasinya dalam perbualan harian. Buku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding dengan buku perbualan bahasa arab yang lain. Disamping diletakan perbualan ditempat-tempat, situasi, suasana, topik, ia juga mengandungi panduan dan cara bagaimana untuk mengendalikan dan mengacarai sesebuah majlis dan mesyuarat dalam bahasa arab.
Kemunculan buku ini tepat pada masanya dengan perkembangan bahasa arab pada hari ini. Dalam buku ini pengarang meletakkan dengan 14 susunan bab yang baik dengan contoh-contoh perbualan bermula dengan bab 1 iaitu pengucapan majlis dan upacara dan diakhiri bab 14 dengan pelbagai perbendaharaan kata penting.
Diantara keistimewaan buku ini ialah:
1) menampilkan contoh-contoh ayat bahasa arab yang boleh digunakan oleh pengacara atau pengerusi majlis untuk mengendalikan sesuatu majlis dan upacara rasmi.
2) diletak baris setiap kalimah bahasa arab untukmemudahkan pembaca menyebut dan membaca kalimah dan ayat dengan tepat berdasarkan tatabahasa arab yang betul.
3) menyertai terjemahan dalam bahasa melayu yang sepadan dengan bahasa arab berdasarkan penggunaan dalam komunikasi antara seseorang dengan yang lain.
4) menyusun ayat-ayat dalam bentuk memudahkan pembaca mengetahui makna perbualan dalam bahasa melayu
5) bahasa digunakan berdasarkan uslub-uslub komunikasi yang digunakan oleh orang arab dalam percakapan mereka.
6) merangkumi perbualan antara lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan dan atara lelaki dan perempuan.
7) dihiasi gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk pada setiap mukasurat.
Bagi saya, rugilah bagi sesiapa yang tidak memiliki buku ini, kerana sukar untuk untuk mendapatkan buku yang memaparkan panduan mengendalikan majlis dan mesyuarat secara khusus dalam bahasa arab. Disamping pengarangnya yang tidak kurang hebat dalam bidang bahasa arab dengan rujukan beliau dikalangan buku-buku dan pakar-pakar bahasa arab di malaysia.
Buku ini tidak dijual dikedai buku secara meluas buat setakat ini, ia hanya dijual oleh pengarang sendiri. Sesiapa yang berhajat boleh menghubungi pengarang sendiri di no 0179060290 di terengganu dengan harga RM25 sahaja.
Salam Aidilfitri 1431...SMS raya
>> Saturday, September 11, 2010
MAAF ZAHIR BATIN.........
" KULLU AM WAENTUM BIKHAIR "
Buat semua sahabat-sahabat...sempena dengan hari raya ini, saya ingin mememohon berbanyak banyak kemaafan di atas silap dan salah samaada disedari ataupun tidak, disengajari atau pun tidak....Mudah-mudahan syawal yang datang ini menjanjikan seribu ketaqwaan buat kita, hasil tarbiyah ramadhan yang dilalui selama sebulan...
Sedikit nak berkongsi diantara sms ucapan selamat hari raya yang diterima tahun ni...bukan apa mudah untuk rujukan tahun depan untuk sms hari raya kat sahabat-sahabat.....thanks buat sahabat yang masih mengingati..mudah-mudahan ukhuwahh yang terjalin sentiasa subur.....
(1)
"Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim pegangti diri, tanda ingatan x layu dihati, kupinta andai ada silap dan salah yang tak disedari, ku pohon ampun dari jauh dengan rasa kecilnya diri ini, salam aidilfitri maaf zahir batin."
(2)
"Posto...posto...kad raya sampai, bukalah...
Setitik embun dipohon rimbun, diatap nipah air bergenang, dosa bertimbun mohon diampun, salah dan silap janganlah dikenang."
(3)
"Jika ada langkah yang menoreh hati, ada tingkas membekas luka, ada lisan yang tak terjaga, ada janji yang tak tertunai, ada hati yang berprangsaka serta ucapan berbunga dusta, mohon dibuka pintu kemaafan, salam aidilfitri."
(4)
"Pejam celik, pejam celik, dah raya, maka dipejam celik maka banyak salah dan dosa, sementara masih celik, banyaklah buat pahala, sebelum pejam tak celik celik, maafkan silap dan salah"
(5)
" Hari kita bertekad untuk kembali kepada fitrah iman, hari melupakan sebarang kekhilfan , hari meraikan kemenangan, hari melahirkan kesyukuran, dan hari mempereratkan persaudaraan, salam kemaafan dari kami "
(6)
" Enjin standard sampai lambat, campro turbo starting melompat, kad raya hantar tak sempat, sms jer lah lebih cepat, Selamat hari raya.
(7)
" Merah warnanya sibuah ceri, buat hiasan menambah seri, sms dihantar penganti diri, tanda ingatan di aidilfitri."
(8)
Lisan kadang-kadang tak terjaga, janji kadang-kadang tidak tertunai, hati kadang-kadang berperasangka, sikap kadang-kadang menyakitkan, hidup ini menjadi indah jika masih ada lagi kemaafan. salam aidilfitri "
(9)
Tangan dihulur tidak kesampaian, senyuman diukir tidak kelihatan, sms dikirim tanda ingatan , diaidilfitri kita bermafaan"
(10)
Diaidilfitri yang mulia, maaf dipinta andainya: terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yang tak kena, tertanya tak tentu hala, tersasul tak sengaja, terpinjam harta benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila-bila, terusik yang sengaja dan macam0macam lagi tersentuh dihati, salam aidilfitri "
Read more...
Jemputan Majlis Kesyukuran Perkahwinan 14/9/2010
>> Saturday, August 28, 2010
JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN
MENYAMBUT MENANTU
Saya mewakil sahabat baik saya
MOHD HAMZAH ABDULLAH (Manir)
Menjemput semua sahabat-sahabat yang mengenali beliau ke
MAJLIS KESYUKURAN MENYAMBUT MENANTU
Pada 14/9/2010 Selasa
Hari Raya ke 5
Ke Rumah beliau
KG. BALOH, MANIR
Anak luar nikah Malaysia bertambah: purata 2500 sebulan, 84 sehari.
>> Friday, July 02, 2010
"perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009."
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. "
SIAPAKAH HARUS DIPERSALAHKAN????
Tiada gunanya menunding antara satu sama-lain.
Yakin dan percayalah....selagi mana hukum Islam/ undang-undang Islam tidak dilaksanakan atau ditegakkan dinegara ini selagi itulah perkara ini tidak dapat diselesaikan....
Ingat!!! kita ini ciptaan Allah, dia yang memiliki kita, dia yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita...
Fikir-fikirkan.....
_________________
257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.
“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini
_______________________
BEBERAPA PERMASAALAHAN HUKUM ANAK LUAR NIKAH
1) Soalan:
Seorang hamba Allah ada calun isteri dari anak luar nikah. Apa hukumnya mengahwini anak luar nikah itu; sedangkan nabi menyarankan memilih dari keturunan yang baik2?
Jawapan:
Pada hakikatnya anak luar nikah adalah seperti insan-insan lainnya. Dia lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Ibarat kapas yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan penjaganyalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk jadinya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibubapanyalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Malahan, jika dia beriman dengan Allah dan beramal soleh, ditambah dengan ketakwaannya yang mendalam, di sisi Allah dia adalah orang yang mulia. Dia lebih mulia darjatnya jika dibandingkan dengan anak halal yang sentiasa bergelumang dengan maksiat.
Kerana Allah tidak memandang kemuliaan seseorang itu kepada rupa parasnya, darjat keturunannya, pangkat, bangsa apakah dia dan sebagainya. Allah melihat dan menilai keimanan dan ketakwaannya.
Inilah intipati ajaran Islam. Di sinilah letaknya keagungan Islam....
Di dalam Islam tidak ada konsep - menanggung kesalahan orang lain. Siapa yang buat salah dialah yang akan menanggung akibatnya. Apabila Abu tidak sembahyang, maka dialah yang akan menanggung dosanya. Bukan si Ahmad kawan serumahnya dan bukan juga orang lain. Tetapi ada orang kata Ahmad juga berdosa! Memang, si Ahmad juga berdosa, tetapi bukan akibat Abu tidak sembahyang. Berdosa sebab tidak menjalankan satu tanggungjawab lain, iaitu amar makruf & nahi munkar. Dia buat tak tahu sahaja apabila si Ali tidak sembahyang. Tidak ditegurnya, tidak diajak dan sebgnya.
Anak zina lahir dalam keadaan suci. Dia tidak lahir bersama-sama dosa yang dilakukan oleh ibubapanya. Yang melakukan maksiat zina adalah ibubapanya, maka ibubapanyalah yang akan menanggung dosa, bukannya anak ini.
Ini adalah prinsip hukum di dalam Islam. Lihatlah mana-mana kitab-kitab Usul Fikah dalam bab hukum (mahkum fih), sudah tentu inilah yang diperkatakannya -> Tidak sah mentaklifkan sesuatu kepada seseorang agar dikerjakan atau ditinggalkan oleh orang lain.
Firman Allah Taala:
"Bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." (al-Najm, 38)
Antara dasar pembinaan hukum-hakam dalam Islam ialah -> Memelihara keturunan. Sebab itulah Allah Taala mengharamkan perzinaan dan sebaliknya menghalalkan pernikahan. Kemudian disyariatkannya juga iddah selepas berlaku perceraian. Diharamkannya juga menasabkan (mem'bin'kan) kepada yang bukan bapa sebenarnya.
Semuanya itu adalah bertujuan memelihara keturunan. Agar tidak berlaku percampuran, kesamaran dan pencemaran keturunan.
Perzinaan adalah satu bentuk persetubuhan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Tumpahan benih dari kedua-dua pihak (lelaki&perempuan) dalam hubungan ini tidak terhormat dan juga tidak dapat dipertanggungjawabkan. Berbeza dengan tumpahan benih dari hubungan perkahwinan. Ianya terhormat dan boleh dipertanggungjawabkan.
Benih yang tumpah secara tidak terhormat, pada umumnya akan menyebabkan banyak kesan negatif yang berkait-kait.
Salah satu ciri-ciri calon isteri/suami yang digalakkan untuk dikahwini ialah seseorang yang dari keturunan orang baik-baik, seperti anak-anak para ulamak dan orang-orang soleh.
Menurut para fuqahak, makruh hukumnya mengahwini anak zina dan anak orang fasiq. Alasannya, kerana ia adalah sesuatu yang mengaibkan sebab rendah keturunannya (dari sudut agama bukan kebendaan). Dan, kerana boleh jadi anak itu akan terkesan dengan perangai serta tingkah laku bapanya. Terdapat satu alasan lain mengenai hukum ini dari sabda Rasulullah s.a.w. yang menyarankan agar penumpahan benih seseorang itu hendaklah di tempat yang terpilih serta melarang meletakkannya di tempat yang tidak sesuai.
Namun begitu, hadis di atas telah dipertelingkahkan kesahihannya. Kata Abu Hatim al-Razi, hadis ini tidak ada asalnya. Ibnu Sholah pula mengatakan, hadis ini ada sanadnya tetapi banyak pro dan kontranya. Namun al-Hakim mensahihkannya
Begitu juga, dimakruhkan mengahwini anak pungut atau anak yang tidak diketahui siapa ibubapa sebenarnya.
Baiklah, kita lihat kembali hukum makruh di atas, apakah alasannya? Dari apa yang diberikan oleh ulamak ialah:
1. Perkara yang mengaibkan. Memang, ini bukanlah sesuatu yang diada-adakan atau dibuat-buat. Bayangkan seorang yang alim mengahwini anak tauke judi! Sudah tentu ia akan menjadi buah mulut orang. Dengan ini statusnya (harga diri) akan menurun dan akibatnya orang akan mula memaling diri dari mengambil manfaat dari ilmunya.
2. Barangkali sikap anak ini terpengaruh dengan sikap dan tabiat orangtuanya. Perkara ini juga tidak perlu dijelaskan secara terperinci. Kita tahu bagaimana keadaan seseorang yang rosak akhlaknya mendidik anak-anak mereka......
Selepas melihat penjelasan di atas dengan teliti, cuba kita lihat kembali hadis yang saya rasa sering diulang-ulang apabila hal-hal perkahwinan dibicarakan. Iaitu sebuah Hadis muttafaqun alaih, yang bermaksud: "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan beruntung."
Sabdaan di atas begini maksudnya-> Biasanya orang mengahwini wanita kerana empat perkara: Harta
Kecantikkan
Keturunan
Agama
Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya.
Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati. Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua. Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih menitikberatkan tentang agama dalam pemilihan jodoh. Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan samasekali... Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian barulah yang lain-lain.
Tentang wanita beragama/solehah, Rasul s.a.w telah bersabda:
"Hendaklah kamu memperoleh hati yang berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan akhirat." (Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu Hajar).
Abdullah bin AMru bin al-Ash r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah." (riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu Majah)
2) Soalan:
Tidakkah ini akan mengundang kemudharatan kerana tidak mengikut saranan nabi agar mengawini anak yang baik.
Jawapan:
Hukum dan alasan-alasannya telahpun dijelaskan di atas.
Kemudaratan meninggalkan saran fuqahak terhadap masalah ini tidaklah sampai membawa kepada tercebur ke dalam dosa dan maksiat. Hanya.. Mudarat dari sudut: . Kerukunan rumahtangga yang akan didirikan. . Keturunan yang akan dilahirkan. Apakah ia akan mewarisi sifat-sifat dari keturunan sebelumnya? . Hala tuju hidup beragama keluarga berkenaan.
Tetapi jika anak zina itu di didik oleh ibunya atau penjaganya dengan baik, di persekitaran kehijauan syariat Islam. Setiap hari jiwa dan fikirannya sentiasa disirami dengan wahyu Ilahi, lalu dia membesar dengan cinta yang membara terhadap al-Khaliq, sudah tentu kemudaratan di atas tidak akan berlaku.
Tetapi jika anak zina itu di didik oleh ibunya atau penjaganya dengan baik, di persekitaran kehijauan syariat Islam. Setiap hari jiwa dan fikirannya sentiasa disirami dengan wahyu Ilahi, lalu dia membesar dengan cinta yang membara terhadap al-Khaliq, sudah tentu kemudaratan di atas tidak akan berlaku.
3) Soalan:
Dari segi hukum anak luar nikah itu tidak boleh dibintikan kepada bapa? Apakah berdosa jika untuk mengelakkan dari kemudharatan bila dia mempunyai anak nanti, anak luar nikah itu tetap mengekalkan binti bapanya (tidak ditukar pada binti ibunya)?.
Jawapan:
Anak luar nikah tidak berbapa. Dia tidak boleh dibinkan (dinasabkan) kepada 'bapa'nya. Haram hukumnya berbuat demikian. Sebahagian dari dosa besar ialah menasabkan diri kepada bukan bapa sebenarnya. 'Bapa'nya itu adalah orang asing bagi dirinya. Ia tidak memberi kesan terhadap hukum sebagaimana bapa-bapa dari pernikahan yang sah. 'Bapa' ini tidak ada kaitannya dalam saoal waris, perwalian, nafkah dan sebagainya. Dia adalah seorang bapa yang tidak diiktiraf oleh syarak.
Saudara mengetengahkan mengenai 'mengelakkan kemudaratan'... Kemudaratan bagaimana? Sudah tentu kemudaratan kerana malu. Namun begitu, kita tidak boleh melupakan satu kemudaratan yang lebih besar dan lebih banyak yang akan menanti jika dibinkan juga kepada 'bapa'nya itu.
Membinkan kepada 'bapa'nya.. Bukankah ia satu pembohongan? Bagaimana tidak, anak ini lahir bukan dari hasil perkahwinan yang sah. Izin untuk membinkan kepada seseorang hanyalah untuk anak yang lahir hasil dari perkahwinan yang sah sahaja. Jadi, perlakuan ini seolah-olah mahu membohongi semua orang bahawa anak ini adalah anak aku hasil dari perkahwinan yang sah. Seolah-olah mahu menukar fakta kebenaran.
Dengan pembohongan ini, akan berderet-deretlah pula kebohongan-kebohongan lain yang akan bermunculan. Kemudian darinya juga akan lahir pendustaan-pendustaan berikutnya.. Begitulah seterusnya.... Dari masalah perwalian, warisan dan sebagainya... Hasilnya akan terjadilah penghalalan perkara-perkara yang haram berlaku.. Apakah lagi mudarat yang paling besar selain dari mudarat ini?
4) Soalan:
Dari segi hukum anak luar nikah tadi tiada apa2 ikatan dengan bapanya. Jadi dia tidak boleh bersalaman/bersentuhan dengan bapanya? Jika bapanya menghulurkan tangan untuk bersalam, tetapi dia enggan berbuat demikian, tidakkah dikira menderhaka?
Jawapan:
'Bapa'nya adalah orang asing.. Dia bukan bapa yang sah.. Kedudukkan ini tetap akan selamanya begitu. Inilah hakikat.. Inilah sebetul-betulnya.. Ia tidak dapat diubah, sekalipun undang-undang dunia mengesahkan tetapi fakta kebenaran tetap tidak beralih.
Masalah hukum yang berhubung kait antara perempuan dan lelaki asing (ajnabi), juga terkena antara anak ini dengan 'bapa'nya. Bersentuhan kulit dengan lelaki asing adalah haram, begitulah juga dengan 'bapa'nya ini.
Masalah hukum yang berhubung kait antara perempuan dan lelaki asing (ajnabi), juga terkena antara anak ini dengan 'bapa'nya. Bersentuhan kulit dengan lelaki asing adalah haram, begitulah juga dengan 'bapa'nya ini.
Dan apabila kita khususkan mengenai berjabat tangan (salam), ada sebahagian ulamak yang membahaskannya secara terperinci mengenainya. Antara yang terbaik ialah fatwa dari dr Yusof al-Qardhawi di dalam al-Fatawa al-Mu'ashirah, vol 2.
Jika 'bapa' anak ini menikahi ibunya maka hukumnya -> 'Bapa' ini menjadi suami kepada ibunya. Maka hukum yang akan berlaku berubah dari lelaki asing kepada hukum antara anak ini dengan suami ibunya... Dia menjadi bapa tiri.
5)Soalan:
Siapakah yang wajib mengeluarkan zakat fitrah terhadap anak yang lahir hasil perzinaan
Jawapan :
Zakat fitrah kepada anak hasil daripada perzinaan perlu dikeluarkan oleh ibu yang melahirkannya atau waris kepada ibu berkenaan.
Read more...
Ramainya perempuan bertelanjang????
>> Saturday, June 12, 2010
perempuan bertelanjang???
.....Rasanya tidak keterlaluan jika kata bergitu, sebabnya, ini lah reality hakiki yang berlaku pada hari ini...tidak kira dimana sahaja, ditempat awam maupun ditempat khusus. seolah-olah mereka ini buta tuli, bebal, bodoh tentang hukum hakam, halal, haram mengenai aurat, tidak tahu mana aurat, mana bukan aurat, atau pun mereka tahu, sajer mahu mencabar hukum Allah.
Tidakkah emak bapak mereka mengajar tentang aurat? tidakkah cikgu/ ustaz mereka disekolah mengajar tentang berdosanya tidak menutup aurat..ker..tak ada pun dalam buku teks pendidikan Islam disekolah tentang aurat???.. tidak kah mereka tahu bahawa mereka yang tidak menutup aurat tidak akan bau syurga apatah lagi masuk syurga, jauh sekali!!!
Tidakkah emak bapak mereka mengajar tentang aurat? tidakkah cikgu/ ustaz mereka disekolah mengajar tentang berdosanya tidak menutup aurat..ker..tak ada pun dalam buku teks pendidikan Islam disekolah tentang aurat???.. tidak kah mereka tahu bahawa mereka yang tidak menutup aurat tidak akan bau syurga apatah lagi masuk syurga, jauh sekali!!!
Kalau kita lihat hari ini, bermacam-macam lagak fesyen berrpakaian kononnya menutup aurat...ada yang kalau kita lihat, dari atas alhamdulillah!!!masyaAllah sudah menutup kepala , tapi apabila dilihat dibawah, astarfirullah... tidak ada seurat benang pun!!! dengan t-shirt pendek dan seluar yang ketatnya.. Yang bertudung pulak, bermacam-macam fesyen hari ini, ada yang bertudung tapi tudungnya pendek, begitu juga ada yang tudung sudah besar dan labuh, tapi diikat, dililit sana dan sini menyebabkan nampak bentuk apa yang tidak dingini.. sedangkan tujuan bertudung untuk menutup bahagian-bahagian yang mendatangkan syahwat...
Lelaki juga tidak kurangnya, ada yang berseluar pendek ketika berada ditempat umum, bersukan...apatah lagi ada yang hanya berboxer sahaja...seolah-olah aurat lelaki sekadar menutup depan dan belakang saja...
Inilah reality berlaku hari ini, semakin hari semakin teruk. sebab itulah berbagai-bagai gejala sosial yang berlaku pada hari ini, kerana kita sentiasa dihidangkan dan ditayangkan dengan perkara yang membangkitkan nafsu...Ingat!!! bagi perempuan/ lelaki yang tidak menutup aurat dosa kita berlipat kali ganda...pertama dosa kita tidak menutup aurat, kedua dosa orang yang melihat kita.... banyak hadis hadis, ancaman-ancaman seharusnya menjadi pedoman dan ingatan buat kita antaranya rasulullah pernah bersabda:
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):
"Dua sifat daripada ahli Neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk Jannah (Syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (Jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Kalau kita lihat hadis ini, ia merupakan salah satu daripada mukjizat kenabian Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam, kerana apa yang disebut oleh nabi seribu empat ratus tahun lebih dahulu telah berlaku pada hari ini...ini lah fesyen-fesyen hari ini.....mereka berpakaian namun pada hakikitnya mereka bertelanjang!!!
Beberapa pendapat di kalangan ulama mengenai makna "berpakaian (tetapi) bertelanjang."
Pertama:
Dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi 'bertelanjang' daripada mensyukurinya (tiada bersyukur).
Kedua:
Dikatakan ia membuka sebahagian anggota badannya dan mendedahkan sebahagiannya dalam keadaannya secara zahir atau seumpamanya.
Ketiga:
Dikatakan ia memakai pakaian yang nipis (sehingga) menampakkan warna badan (kulit)ny
Ketiga:
Dikatakan ia memakai pakaian yang nipis (sehingga) menampakkan warna badan (kulit)ny
fesyen menutup aurat yang HARAM
Bagaimana Aurat dalam ISLAM!!!
PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.
PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.
Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami.
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Perbandingan mereka yang menutup aurat
dan tidak menutup aurat
Al-Quraan dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;
Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:
"Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan:
"Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?” Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)
Read more...
(Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)
ANTI JUDI..ANTI JUDI BOLA!!!!!!
>> Thursday, May 27, 2010
Di mana mufti-mufti...di mana ahli-ahli agama ..membisu umpama lembu kenyang dicucuk hidung...Apalah kemewahan yang dikecapi hanya untuk beberapa tahun diatas dunia..sedangkan azab neraka Allah kekal buat selamanya... ingat!!! ilmu yang dimiliki itu akan melaknat diri anda dan menjerat anda kedalam neraka...
Memetik kata-kata dari blog Ustaz nik Abduh:
" Bagaimana dengan ulama yang mendiam diri?
" Bagaimana dengan ulama yang mendiam diri?
Merekalah syaitan bisu! Mana ada syaitan yang bisu? Ya, tiada syaitan bisu selain mereka. Mereka adalah manusia syaitani. Mereka bukan pewaris ulama umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, tetapi mereka adalah warisan ulama Yahudi dan Nasrani yang menyelewengkan ugama mereka yang benar.
Ulama yang diam di saat umat memerlukan sikap dan kata – kata mereka, itulah seburuk – buruk orang alim di dunia ini.
Jika anda menemui mereka, jauhi mereka kerana neraka lebih dekat kepada mereka berbanding kita orang awam. Jika anda menjauhi mereka, yakinlah anda sedang mendekati ulama yang benar. Tiada ulama yang benar kecuali berani berkata benar dalam semua perkara yang dalam ilmu dan pengetahuan mereka.
Jika anda bergurukan ulama yang benar dan berani, anda akan turut menjadi benar dan berani dalam iman. Itulah sebaik – baik tuah dalam kehidupan ini.
HARAM JUDI
Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, yaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Dan sudah kita sebutkan terdahulu tentang sabda Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa berkata kepada rekannya mari bermain judi, maka hendaklah ia bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh karena itu tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun.
Islam, di balik larangannya ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali, yaitu:
1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya; dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya.
Sedang judi --di dalamnya termasuk undian-- dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, aktiviti dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah-perintahNya yang harus diturut.
2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh karena itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batil.
3. Tidak mengherankan, kalau perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, walaupun nampak dari mulutnya bahwa mereka telah saling merelakan. Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan dendam. Dia marah karena angan-angannya tidak dapat tercapai. Dia mendendam karena taruhannya itu sial. Kalau dia ngomel, maka ia ngomeli dirinya sendiri karena derita yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta.
4. Kerugiannya itu mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, karena didorong oleh lazatnya menang, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak. Samasekali dia tidak ada keinginan untuk berhenti. Dan makin berkurang pendapatannya, makin dimabuk oleh kemenangan sehingga dia beralih dari kemegahan kepada suatu kesusahan yang mendebarkan.
Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahasia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.
5. Oleh karena itu hobi ini merupakan bahaya yang mengancam masyarakat dan pribadi.
Hobi ini merusak waktu dan aktiviti hidup dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mau mengambil hak milik orang tetapi tidak mau memberi, menghabiskan barang tetapi tidak dapat berproduksi.
5. Oleh karena itu hobi ini merupakan bahaya yang mengancam masyarakat dan pribadi.
Hobi ini merusak waktu dan aktiviti hidup dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mau mengambil hak milik orang tetapi tidak mau memberi, menghabiskan barang tetapi tidak dapat berproduksi.
Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarga dan kewajibannya akan ummat.
Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik hidangan hijau --menurut istilah yang mereka pergunakan-- itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.
Hidangan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.
Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama. Pencandu judi sama dengan pencandu arak, bahkan jarang sekali didapat salah satunya raja sedang yang lain tidak.
Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.
Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)
Yusof Al-Qaradawi
Halal haram dalam Islam.
Read more...
SELAMAT HARI GURU: terima kasih....
>> Sunday, May 16, 2010
SELAMAT HARI GURU...kepada semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang telah mendidik saya dari kecil sehinggalah kesaat ini.....bermula guru yang pertama dirumah iaitu ayah dan ibu tersayang, tidak dilupai guru Al-Quran ( Ustazah Maimum,Mek Nong), diikuti guru-guru di SK Banggol peradong, Maahad Darul Quran Rusila, Universiti Al-Azhar, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Batu Rakit serta guru-guru yang tak secara lansung.....Terima Kasih tidak terhingga saya ucapkan diatas tunjuk ajar, bimbingan, pergorbanan yang dicurahkan sehingga menjadikan saya seperti hari ini,...tanpa guru-guru semua siapa lah saya....
Halalkan ilmu yang dicurah kan kepada saya..ampun nilah segala kesalahan. maafkanlah kenakalan anak murid mu ini....mudah-mudah Allah lah yang membalas segala jasaya baik yang dicurahkan..semoga semua guru diberi keberkatan di dunia dan akhirat dan pahala yang sentiasa berpanjangan walaupun jasad dikandung badan...
Buat guru-guru...
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
BERCUTI: Makan Nasi Mandi lauk DHOB..
>> Monday, March 15, 2010
Alhamdulillah...dapat juga bercuti selama seminggu..letih-letih...tinggal sebulan lagi...x sabar rasanya...mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan....
Kebetulan jalan-jalan kat blog...teserempak dengan benda ni...macam ni caranya...sebelum ni x tahu, cuma pernah tengok dan pegang jer, makan jauh sekali.....mengelemang air liur...thank kat blog damba cinta mu(http://narumihayashida.blogspot.com/) ..maaf ambik x beritahu...nak post kat sini nak buat kenangan.
عَنْ ابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kwsn kaumku, maka aku merasa jijik” Hadis riwayat Bukhari.
وَفِي " الصّحِيحَيْنِ " : مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَنّهُ قَالَ لَا أُحِلّهُ وَلَا أُحَرّمُهُ وَهُوَ حَارّ يَابِسٌ يُقَوّي شَهْوَةَ الْجِمَاعِ وَإِذَا دُقّ وَوُضِعَ عَلَى مَوْضِعِ الشّوْكَةِ اجْتَذَبَهَا .
Dhab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit @ kembung perut.
macam kejar ayam lak...
Bestnya..teringat Ruzz Mandi kat Abas Akod..hehehe
Read more...LUGHATUL FASLI : Selamat Berpraktikum!!!
>> Wednesday, January 27, 2010
Bismillahirrahmanirahim...
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...
Bertutur Bahasa Arab 100% di dalam P&P bukan sesutu yang mudah, apatah lagi pelajar-pelajar terdiri daripada sekolah rendah. Namun ianya boleh dicapai jika sekiranya ianya dipraktik kan setiap hari. Bersempena dengan kesibukan ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Lughatul Fasli atau bahasa kelas dan pujian-pujian untuk dipraktikan semasa P&P. Kalau dilihat perkataan yang diguna nampak simple dan mudah sahaja, namun kadang-kadang semasa P&P berjalan lidah menjadi kaku untuk menyebut perkataan yang mudah ini, mungkin disebabkan kita tidak membiasakannya menyebabkan perkataan yang mudah ini menyebabkan kita lupa. Mudah-mudahan ianya bermanafaat untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang sedang praktikum sekarang..
LIHAT
انظر/انظرا/انظروا/انظري/انظرن
انظر إلى الأمام
انظر إلى الوراء
انظر إلى السبورة
انظر إلى الخارج
انظر إلى الكتاب
انظر إلى زميلك
انظر إلى
انظر/انظرا/انظروا/انظري/انظرن
انظر إلى الأمام
انظر إلى الوراء
انظر إلى السبورة
انظر إلى الخارج
انظر إلى الكتاب
انظر إلى زميلك
انظر إلى
TULIS
اكتب/اكتبا/اكتبوا/اكتبي/اكتبن
اكتب/اكتبا/اكتبوا/اكتبي/اكتبن
اكتب الدرس
اكتب واجب المنزل
اكتب الرسالة
اكتب التدريب
اكتب كلمة .... على السبورة
اكتب جملة صحيحة
اكتب كلمة صحيحة في الفراغ
اكتب
اكتب واجب المنزل
اكتب الرسالة
اكتب التدريب
اكتب كلمة .... على السبورة
اكتب جملة صحيحة
اكتب كلمة صحيحة في الفراغ
اكتب
DENGAR/ AMBIL PERHATIAN
استمع/استمعا/استمعوا/استمعي/استمعن
استمع/استمعا/استمعوا/استمعي/استمعن
استمع إلى كلام المدرس
استمع إلى كلام المدير
استمع إلى كلام أمك/أبيك
استمع إلى النصيحة
استمع إلى صوت المذياع
استمع إلى قراءة القرءان
استمع إلى
استمع إلى كلام المدير
استمع إلى كلام أمك/أبيك
استمع إلى النصيحة
استمع إلى صوت المذياع
استمع إلى قراءة القرءان
استمع إلى
ULANG
أعد/أعيدا/أعيدوا/أعيدي/أعدن
أعد/أعيدا/أعيدوا/أعيدي/أعدن
أعد القراءة
أعد الكتابة
أعد الإجابة
أعد الكلام
أعد ماذا قلت
أعد مرة ثانية
أعد
أعد الكتابة
أعد الإجابة
أعد الكلام
أعد ماذا قلت
أعد مرة ثانية
أعد
BACA
اقرأ/اقرءا/اقرءوا/اقرئي/اقرأن
اقرأ/اقرءا/اقرءوا/اقرئي/اقرأن
اقرأ القرآن
اقرأ الكتاب
اقرأ الجريدة
اقرأ القطعة أمامك
اقرأ الفقرة الأولى
اقرأ العبارات الآتية
اقرأ النص
اقرأ
اقرأ الكتاب
اقرأ الجريدة
اقرأ القطعة أمامك
اقرأ الفقرة الأولى
اقرأ العبارات الآتية
اقرأ النص
اقرأ
KATA/ SEBUT
قل/قولا/قولوا/قولي/قلن
قل/قولا/قولوا/قولي/قلن
قل لي بصوت مرتفع
قل ما تعرفه
قل ما عندك
قل بكلام واضح
قل ما سمعت
قل يا محمد
قل
قل ما تعرفه
قل ما عندك
قل بكلام واضح
قل ما سمعت
قل يا محمد
قل
JAWAB
أجب/أجيبا/أجيبوا/أجيبي/أجبن
أجب عن سؤالي /السؤال
أجب عن الأسئلة شفهيا
أجب بإجابة صحيحة
أجب يا محمد
أجيبوا عن سؤالي
أجب عن
أجب/أجيبا/أجيبوا/أجيبي/أجبن
أجب عن سؤالي /السؤال
أجب عن الأسئلة شفهيا
أجب بإجابة صحيحة
أجب يا محمد
أجيبوا عن سؤالي
أجب عن
MASUK
ادخل/ادخلا/ادخلوا/ادخلي/ادخلن
ادخل البيت
ادخل الفصل
ادخل القاعة
ادخل المكتبة
ادخلوا الولاية بسلام
ادخل السيارة
ادخل
ادخل/ادخلا/ادخلوا/ادخلي/ادخلن
ادخل البيت
ادخل الفصل
ادخل القاعة
ادخل المكتبة
ادخلوا الولاية بسلام
ادخل السيارة
ادخل
DUDUK
اجلس/اجلسا/اجلسوا/اجلسي/اجلسن
اجلس على الكرسي
اجلس على المقعد
اجلس في مجموعتك
اجلس بهدوء
اجلس في المصلى بهدوء
اجلس ...
اجلس/اجلسا/اجلسوا/اجلسي/اجلسن
اجلس على الكرسي
اجلس على المقعد
اجلس في مجموعتك
اجلس بهدوء
اجلس في المصلى بهدوء
اجلس ...
ULANG
كرر/كررا/كرروا/كرري/كررن
كرر/كررا/كرروا/كرري/كررن
كرر ما أقول/قلت
كرر هذه العبارة
كرر الإجابة
كرر كلامي
كرر قول صديقك
كرر
كرر هذه العبارة
كرر الإجابة
كرر كلامي
كرر قول صديقك
كرر
ULANG
ردد/رددا/رددوا/رددي/رددن
ردد الكلام
ردد العبارة
ردد الجملة
ردد النطق
ردد
ردد/رددا/رددوا/رددي/رددن
ردد الكلام
ردد العبارة
ردد الجملة
ردد النطق
ردد
ARAHAN
الأوامر
أشر إلى ... Tunjuk ke
قف عند/من/ب Berhenti
اجلس على... /ب Duduk
ادخل Masuk
اخرج Keluar
اكتب Tulis
انظر Lihat
اسمع Dengar
استمع Ambil perhatian
اقرأ Baca
اعد Ulang
افعل Buat
افتح Buka
اغلق Tutup
تعال Mari
اتجه إلى Pergi ke
تقدم إلى Mari ker
تفضل Silakan
اختر Pilih
امسك Pegang
ردد Ulang
كرر Ulang
امسح Sapu
نظف bersih
ارم Lontar
امش Berjalan
اجمع Kumpul
اشتر Beli
ارجع Kembalikan
حرك Gerak
وزع Bahgikan
ابحث Cari
عد Bilang
خذ Ambil
ضع Letak
قل Sebut/ kata
قم Bangun
الأوامر
أشر إلى ... Tunjuk ke
قف عند/من/ب Berhenti
اجلس على... /ب Duduk
ادخل Masuk
اخرج Keluar
اكتب Tulis
انظر Lihat
اسمع Dengar
استمع Ambil perhatian
اقرأ Baca
اعد Ulang
افعل Buat
افتح Buka
اغلق Tutup
تعال Mari
اتجه إلى Pergi ke
تقدم إلى Mari ker
تفضل Silakan
اختر Pilih
امسك Pegang
ردد Ulang
كرر Ulang
امسح Sapu
نظف bersih
ارم Lontar
امش Berjalan
اجمع Kumpul
اشتر Beli
ارجع Kembalikan
حرك Gerak
وزع Bahgikan
ابحث Cari
عد Bilang
خذ Ambil
ضع Letak
قل Sebut/ kata
قم Bangun
Disamping arahan2 diatas, lebih elok dan manis lagi diselitkan dengan pujian-pujian dibawah:
PENEGUHAN DAN PUJIAN BERBENTUK SEBUTAN التعزيز اللفظي
Terdapat dua cara untuk seseorang guru membuat pujian melalui sebutan ;
1. Pujian dengan perkataan (بالكلمة) seperti :
أحسنت، جيدة، ممتازة، متميزة، جميلة، صحيحة، شاطرة، حلوة، شكرا، أنيقة، مرتبة، مدهشة، ذكية، رائعة، مجتهدة، نظيفة، عبقرية، فاطنة
dan sebagainya.
2. Pujian dengan ayat (بالجملة) seperti :
إجابة صحيحة، اقتراح جيدة، جهودك مباركة، جيد جدا، جيد ومرتب، خطك جميل، كلامك رائع، عملك رائع، فارس العربية، فكرة مدهشة، مشاركة متميزة، بارك الله فيك، ممتاز وثابر، ممتاز ومتفوق، كيف توصلت إلى الاستنتاج الرائع؟، أدهشتني اجابتك، ما أروعك، هل أنت رائع دائما هكذا!، عين الله ترعاك، جميل يا بطل، أنا معجبة بهذه الإجابة
dan sebagainya.
Terdapat dua cara untuk seseorang guru membuat pujian melalui sebutan ;
1. Pujian dengan perkataan (بالكلمة) seperti :
أحسنت، جيدة، ممتازة، متميزة، جميلة، صحيحة، شاطرة، حلوة، شكرا، أنيقة، مرتبة، مدهشة، ذكية، رائعة، مجتهدة، نظيفة، عبقرية، فاطنة
dan sebagainya.
2. Pujian dengan ayat (بالجملة) seperti :
إجابة صحيحة، اقتراح جيدة، جهودك مباركة، جيد جدا، جيد ومرتب، خطك جميل، كلامك رائع، عملك رائع، فارس العربية، فكرة مدهشة، مشاركة متميزة، بارك الله فيك، ممتاز وثابر، ممتاز ومتفوق، كيف توصلت إلى الاستنتاج الرائع؟، أدهشتني اجابتك، ما أروعك، هل أنت رائع دائما هكذا!، عين الله ترعاك، جميل يا بطل، أنا معجبة بهذه الإجابة
dan sebagainya.
Sumber:
IPGM KDRI
Mior-j-QAF
Read more...
Penggunaan kalimah " ALLAH"-TNGHAHA
>> Sunday, January 10, 2010
Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.
Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.
Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.
Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.
Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.
Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)
Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)
Firman Allah bermaksud:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)
Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)
Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)
Firman Allah bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)
Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.
Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.
Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.
Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).
Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).
“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”.
Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.
Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)
Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.
Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.
Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).
Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.
Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)
Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.
Wallahua’alam.
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
7 Januari 2010
Read more...
2010: Permulaan yang unik dan pelik....
>> Friday, January 01, 2010
" .....boleh tafsir sikit tak..kenapa awal tahun ni pelik semacam jer...dah lah jatuh hari jumaat, 15 muharam( malam purnama penuh), lepas tu berlaku gerhana bulan dan paginya hujan turun x henti2 sampai ker malam..."
Itulah lebih kurang bunyi sms yang saya terima sebentar tadi... Tersenyum seketika dibuatnya saya...dia ingat saya ni nujum pak belalang ker...boleh meramal macam-macam.
Saya ingat saya seorang jer berfikiran cam tu, rupanya ada juga sahabat-sahabat lain yang merasakan keunikan dan kepelikan awal 2010.
Saya ingat saya seorang jer berfikiran cam tu, rupanya ada juga sahabat-sahabat lain yang merasakan keunikan dan kepelikan awal 2010.
Apa-apapun, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah ketika 2009 melabuhkan tirainya dan 2010 mula membuka tirainya pada detik 12.00 malam tadi, kita masih lagi diberi kemampuan untuk bernafas, merasai nikmat-nikmat yang tak terhingga diberikan kepada kita.
Seperti biasa, setiap tahun, malam 31 merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh semua terutamanya golongan muda-mudi. Seolah-olah malam ini merupakan malam pesta maksiat, malam untuk melakukan segala kemahuan nafsu syaitan. Ditambah pula dengan program-program yang mengalakkan dan menyemarakkan nafsu anak-anak muda. Menjadikan ianya betul- betul malam maksiat dengan berpuluh-puluh tangkapan yang dibuat di awal pagi.
Namun Alhamdulillah, pada awal tahun ini satu keunikan berlaku, Allah membuka tirai 2010 dengan pembukaan yang baik. Dengan dimulainya dengan penghulu hari hari iaitu hari jumaat yang penuh keberkatan, di samping hujan turun di pagi hari yang tak henti-henti insyaalah hujan yang membawa keberkatan untuk 2010. Dan yang paling istimewa Allah menyediakan satu program yang jarang berlaku selepas detik 12.00 malam iaitu gerhana bulan yang bermula 1.17 pagi 5.30 pagi. Dengan disunatkan kita bersembahyang sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah. Namun berapa kerat sahaja manusia yang sedar dan melakukan solat dan mendengar khutbah ketika itu, ramai antara mereka yang leka dengan hawa nafsu dengan program maksiat yang dianjurkan. dan yang paling malang lagi, mungkin ada yang melakukan maksiat bersama pasangan sambil memerhatikan gerhana bulan ditepi-tepi pantai dan sebagainya... nauzubillah...
Inilah realiti yang berlaku hari ini, manusia semakin hari semakin rosak, maksiat berleluasa disana- sini, Tidak takutkah kita bala dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka halal bala untuk menimpa mereka.”
1) Apabila harta kekayaan sesebuah negara hanya berlegar dikalangan orang-orang tertentu.
2) Bila amanah dijadikan sumber keuntungan.
3) Bila zakat dianggap denda.
4) Bila suami mengikuti kehendak isteri.
5) Bila anak-anak derhaka kepada ibu bapa.
6) Bila anak-anak lebih mempercayai kawan.
7) Bila anak-anak menjauhkan diri daripada ibu bapa.
8) Apabila suara ditinggikan dalam masjid (masjid jadi tempat pergaduhan).
9) Apabila seseorang yang rendah maruah dirinya menjadi pemimpin.
10) Seseorang yang dimuliakan kerana takut kepada kejahatannya.
11) Bila arak berleluasa.
12) Bila lelaki memakai pakaian sutera.
13) Apabila artis disanjung-sanjung.
14) Muzik semakin banyak dimainkan.
15) Umat akhir zaman melaknat umat terdahulu. Begitu juga melaknat ulama-ulama terdahulu.
2) Bila amanah dijadikan sumber keuntungan.
3) Bila zakat dianggap denda.
4) Bila suami mengikuti kehendak isteri.
5) Bila anak-anak derhaka kepada ibu bapa.
6) Bila anak-anak lebih mempercayai kawan.
7) Bila anak-anak menjauhkan diri daripada ibu bapa.
8) Apabila suara ditinggikan dalam masjid (masjid jadi tempat pergaduhan).
9) Apabila seseorang yang rendah maruah dirinya menjadi pemimpin.
10) Seseorang yang dimuliakan kerana takut kepada kejahatannya.
11) Bila arak berleluasa.
12) Bila lelaki memakai pakaian sutera.
13) Apabila artis disanjung-sanjung.
14) Muzik semakin banyak dimainkan.
15) Umat akhir zaman melaknat umat terdahulu. Begitu juga melaknat ulama-ulama terdahulu.
Mudah-mudahan kita mengambil iktibar apa yang berlaku sebelum ini, peristiwa tsunami, gempa bumi dipadang, tanah runtuh dibukit antarabangsa dan sebagainya menjadi peringatan kepada kita, jangan kita fikir dimalaysia tidak akan berlaku gempa bumi yang dahsyat, tanda-tanda kecil sudah berlaku...semuanya kekuasaan Allah, jika allah hendak membinasakan sesuatu kampung dan kaum itu sekelit mata sahaja....
Fikir-fikir dan renungkanlah...mudah-mudahan kenangan pahit dan dosa 2009 dijadikan iktibar sebagai bekalan untuk 2010 yang penuh mencabar.
SELAMAT TAHUN BARU 2010....Buat semua...wakafkanlah diri kita untuk perjuangan Islam...jangan tanya bila Islam akan memang kerana Islam akan tetap memang...tapi tanyalah apakah sumbangan kita buat untuk perjuangan Islam.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)