Lawak...Lelaki Handsome VS Lelaki X Handsome
>> Saturday, November 08, 2008
Kalau lelaki handsome pendiam,
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam,
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat,
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat,
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu,
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu,
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik,
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik,
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
Kalau lelaki handsome penyayang binatang,
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang,
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW,
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW,
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar,
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar,
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan,
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan,
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati,
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati,
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
.................................................
Abar- No Comment!!!!
Handsome ker, x Handsome ker, Cantik ker, x cantik ker....sama jer disisi Allah SWT...tiada nilai sedikit pun, yang penting...ketaqwaan...
" Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat tubuh badan kamu dan juga rupa paras kamu, akan tetapi ia melihat kepada hati-hati kamu" (al-Hadis)
0 comments:
Post a Comment